Wednesday, December 15, 2010

Asyura



9 Muharram 1432



Salam semua.



Hari ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab kita di bumiNya ini.Semoga kita semua sentiasa di dalam keredhaanNya.



Esok adalah 10 Muharram 1432 Hijrah.Tarikh yang sangat banyak pengertian, pengajaran dan peristiwa.Marilah sama2 kita berpuasa sunat sebagai tanda bersyukur kita ke hadrat Ilahi.



Ramai yang mengetahui banyak sejarah,pengajaran dan pelajaran yang diambil oleh umat Nabi Muhammad yang terkemudian ini.Antaranya peristiwa terdamparnya bahtera Nabi Allah Noh di atas Bukit Tursina yang mana bekalan makanan yang hanya tinggal sedikit sahaja.Dan dari itu juga bermulanya sejarah bubur Asyura yang mana ianya mencampurkan pelbagai ramuan makanan ke dalam bubur.



Syukur kita kerana dapat beribadat dan menikmati kehidupan dalam suasana yang aman dan tenteram ini.Semoga Allah mengampuni dosa2 kita yang telah lalu.Amin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Tuesday, December 14, 2010

Sembang Petang



8 Muharram 1432



Salam sejahtera semua. Semoga kita semua diberkati Allah di dunia dan akhirat.



Sekadar perkongsian untuk sembang2 petang..Saya bertugas sebagai Jurutera Rangkaian di sebuah syarikat berkaitan kerajaan(GLC).Tugasan yang agak mencabar kerana untuk menyokong rangkaian bagi syarikat2 pelanggan dan juga syarikat induk.



Selain itu saya juga terlibat di dalam menguruskan soal teknikal untuk setiap tender yang dimasuki oleh syarikat.Selama ini saya lebih banyak diberi peranan untuk memberikan pandangan dan ada ketikanya untuk mengetuai tender yang melibatkan rangkaian.Menarik dan mencabar itu komen ringkas saya.



Pagi ini saya dan rakan2 teknikal diberi kesempatan untuk menganggotai kumpulan penilai teknikal bagi 2 tender.Alhamdulillah tugasan tersebut telah berjaya dilaksanakan.



Sedikit terkilan apabila penilaian yang dibuat lebih memihak kepada syarikat non-bumi yang telah kukuh dan berpengalaman dalam melaksanakan tender2 yang terdahulu.Bukan tidak berkeyakinan tetapi kriteria yang telah ditetapkan lebih menyerlahkan pemarkahan yang sangat ketara di dalam jadual perbandingan penialaian bagi syarikat2 pentender.



Saya bukanlah seorang yang racist.Cuma sekadar meluahkan isi hati.Ke mana perginya syarikat2 bumi yang lebih berpengalaman.

Sudah tanduskah bumi Malaysia ini dengan usahawan tekno yang berdaya saing.Bukan memperkecilkan bangsa sendiri.Sekadar mengajak untuk berfikir.Semoga kita semua akan berusaha untuk menjadi antara usahawan2 tekno yang berdaya saing di masa2 akan datang.InsyaAllah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Thursday, December 9, 2010

Pengetahuan berkenaan kalender



Catatan 3 Muharram 1432H



Salam sejahtera semua pembaca blog Cahaya Rabiha.



Malam ini adalah malam Jumaat yang mana adalah menjadi rutin harian bagi umat Islam untuk beramai2 atau secara bersendirian untuk membacakan surah Yassin, Al Quran dan tidak lupa juga membuat tahlil ringkas.Semoga amalan kita semua diterima Allah.



Bagi yang menjadi suami atau isteri pada hujung minggu pastinya tak sabar menantikan berakhirnya waktu kerja samada petang atau malam esok.Walau apapun semoga kita semua sentiasa terpelihara Allah di dalam setiap amalan dan perbuatan seharian kita.



Disini saya sekadar ingin mengongsikan pandangan untuk tatapan umum.Terpanggil setelah mendengar ulasan Deejay ikim.fm berkenaan dengan penggunaan Tahun Hijrah di dalam perjalanan hidup kita.



Hari ini juga saya belajar sesuatu tentang takwim tahun Hijrah.Untuk setiap 33 1/2 tahun mengikut kalender Masihi hendaklah ditambahkan 1 tahun lagi untuk pengiraan di dalam kalender Hijrah.Sebagai contohnya jika umur Ahmad sudah 33.5 tahun mengikut kalender Masihi maka umur Ahmad dalam tahun Hijrah adalah 34.5 tahun.



Disini barulah saya nampak di mana perselisihan kalendar mengikut bulan dan matahari berlaku.Ya sesungguhnya ini juga adalah pengetahuan baru buat saya.Sekadar perkongsian ringkas buat tatapan pembaca Cahaya Rabiha.Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.



Salam Perjuangan.



sotat

Cahaya Rabiha Enterprise



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

KIta adalah insan yang istimewa............


Perkongsian 3 Muharram 1432
Coroten dari email sebaran di dalam Division Company.........
Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  “We are special!“.

   Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.
“Aku bodoh, mereka pandai…aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat”
   Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka, menyedari bahawa we are special adalah jalan menuju syukur.

Firman Allah:  
 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin:4)
  Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya. Firman Allah:
 Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (At-Tiin:5)
  Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yang dikehendaki Allah. Firman-Nya:
 Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran:139)
Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa “we are special!“.


Cahaya Rabiha Enterprise



Catatan 3 Muharram 1432H



Salam perjuangan semua saudara seagama.Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan mudah2an esok hari lebih cemerlang dari hari ini.



Sekadar ingin coretkan serba sedikit berkenaan dengan Cahaya Rabiha Enterprise.Syarikat kecil ini telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Maka dengan rasmi juga syarikat ini adalah syarikat yang sah untuk melakukan perniagaan di Malaysia.



Perkembangan setakat ini masih meneruskan aktiviti menjual topup telefon bimbit.Untuk servis lain akan dimaklumkan di dalam post2 yang akan datang.Harapan saya semoga syarikat kecil ini akan dapat sokongan dalam usaha untuk transformasi perniagaan yang lebih efektif dan berkesan.InsyaAllah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah 1432



Salam semua.Selamat Menyambut Maal Hijrah.Semoga tahun baru ini akan menjanjikan perubahan yang lebih baik dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Cahaya Rabiha Dot Com masih dalam proses lagi.Agak sibuk kebelakangan ini sehingga tak berkesempatan untuk update blog ini mahupun membina laman web perniagaan.InsyaAllah akan cuba untuk siapkan Cahaya Rabiha Dot Com sebelum menjelma Tahun Baru Masihi.

Inilah masalah dengan usahawan Melayu.Suka bertangguh.Mudah2an hijrah ini akan memberi kekuatan untuk saya menyediakan diri dalam mengharungi ujian2 yang mendatang.

Hari ini saya terpanggil untuk mengisi blog ini.Semoga 2 Muharram ini akan menjadi titik tolak di dalam perubahan bentuk perniagaan terutamanya Cahaya Rabiha Dot Com supaya lebih jitu di dalam membawa penyelesaian dan memudahkan komunikasi mengikut perkembangan teknologi.

Salam perjuangan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Monday, December 6, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal tahun Hijrah.....

Sempena sambutan 1 Muharam 1432 Hijrah.
 Disertakan Doa Akhir tahun dan awal tahun untuk rujukan kita bersama>
______________________________________________________________________________________________________
Doa Akhir Tahun 
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun
doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
___________________________________________-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Saturday, December 4, 2010

Mencari Cahaya Rabiha



Selamat berhujung minggu semua.semalam adalah kenangan,hari ini adalah kenyataan dan besok adalah impian.ye betul dari itu marilah bersama2 mengejar impian kita.



Dengan lafaz Bismillah maka dengan ini diumumkan secara rasminya Cahaya Rabiha Enterpise telah didaftarkan dan dalam proses pembangunan untuk memulakan jualan dan sokongan untuk pelanggan.Untuk permulaan ini Cahaya Rabiha menawarkan penjualan topup untuk telefon bimbit,membekal dan membaik pulih komputer serta peralatan rangkaian.Syarikat ini juga menawarkan tempahan untuk membina laman web.Adalah amat diharapkan Cahaya Rabiha akan mendapat sokongan dan bantuan dari ahli keluarga dan rakan2 sekalian.



Laman web rasmi Cahaya Rabiha masih lagi di dalam proses pembangunan.

Setelah pembangunam laman berkenaan lengkap barulah ianya akan dimaklumkan kepada umum.Sehingga hari ini Cahaya Rabiha akan kekal di blog ini.Sebarang perubahan atau penambahan maklumat akan disebarkan untuk makluman semua.Terima kasih.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Bersyukur & disyukuri

Tingginya darjat orang beriman
Salam pagi Sabtu.Semoga minggu ini lebih baik dari minggu2 sebelumnya.

Sebagai peringatan untuk menempuh hari2 mendatang.Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.Baik musibah maupun kebaikan yang kita dapat sentiasalah bersyukur dan positif.
Sekadar kisah untuk motivasi.
Suatu ketika dahulu ada seorang raja yang memerintah di sebuah kerajaan.Raja ini di bantu oleh seeorang menteri yang sangat positif.Apabila ditimpa musibah menteri ini takkan mencela tetapi akan sentiasa bersangka baik.

Suatu hari Raja mendapat musibah dan menyebabkan tangannya terpaksa dipotong bagi mengelakkan mudarat pada nyawanya.Setelah sembuh Raja memanggil menterinya.SiRaja memaklumkan bahwa tangannya telah cacat.Tanpa rasa ragu dan bersangka baik si Menteri berkata bagus.SiRaja merasa pelik dan mengatakan bahawa baginda telah cacat akibat dari musibah.Tanpa ragu2 juga siMenteri menjawab baguslah.Raja sangat murka mendengar jawapan siMenteri,akibatnya Raja memerintahkan siMenteri ini ditangkap dan dipenjarakan.Namun siMenteri tetap positif dengan berkata bagus.Raja bertambah murka dan mengatakan Menterinya ini sangat aneh kerana masih positif untuk setiap musibah yang dialaminya.Akhirnya Menteri itu dipenjarakan.

Si Raja mempunyai minat berburu dan masih meneruskan hobinya walaupun telah cacat.Ketika sedang berburu di dalam hutan rombongan Raja diserang dan ditawan oleh puak asli kuno yang menjadikan manusia sebagai makanan istimewa mereka.

Setelah dikurung beberapa ketika tibalah giliran siRaja untuk dibunuh dan dimasak sebagai hidangan ketua puak asli kuno.Sebelum mangsa dibunuh, ketua Puak akan memeriksa tawanan.Apabila mendapati siRaja cacat maka ketua puak melepaskannya kerana tidak sempurna sebagai hidangan istimewa.

Setelah dibebaskan siRaja kembali ke kerajaannya dan memerintahkan supaya siMenteri dibebaskan dan diberikan jawatan asalnya untuk membantu Raja dalam urusan pemerintahan kerajaan.Setelah peristiwa nyaris dijadikan hidangan puak kuno asli itu barulah siRaja mendapat iktibar dan menerima setiap sesuatu sebagai positif dengan sentiasa bersangka baik seperti siMenteri.

Moral untuk cerita ini hendaklah kita bersangka baik terhadap Allah.Setiap sesuatu yang berlaku itu ade hikmahnya.Banyakkan berdoa dan berusaha untuk mendapat ganjaran yang baik disisiNya.Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang beriman serta beruntung di dunia dan akhirat.Sampai ketemu lagi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Subsidi bahan api & gula dikurangkan.

RON97 menang RON95

Hari ini kerajaan telah mengumumkan pengurangan subsidi ke atas bahan api dan gula.

Lantaran itu menyebabkan kenaikan sebanyak 5 sen bagi petrol Ron95 dan diesel,sementara itu harga gula pula kepada 20sen.Kenaikan harga berkenaan telah bermula sejak 12.01pagi (4Dis2010).Kenaikan harga bahan api & gula akan mempengaruhi harga barang2 keperluan lain juga.Adalah amat diharapkan pihak kerajaan dapat menangani isu ini dengan lebih peka terhadap keperluan dan kehendak rakyat.Ini sejajar dengan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".Sambungan di post akan datang.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Friday, December 3, 2010

Menggapai pelangi

Umar & Abbah

Salam sejahtera.Hari demi hari yang kita lalui penuh dengan ujian dan pancaroba.

Setiap cubaan yang datang pasti ada hikmah di sebaliknya.Semoga kita menjadi insan yang tabah untuk berusaha mencapai destinasi.Setiap orang punya matlamat perjuangan yang tersendiri.Sebagai umat islam kita diseru menuju kejayaan sekurang2nya 10 kali sehari.Dari itu marilah sama2 kita berusaha dengan lebih gigih lagi.

Kadang2 langkah yang di atur rapi pun tersadung akar dan onak di jalanan.Perjalanan hidup harus diteruskan.Setiap kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini.Mudah2an kita tidak tergolong di kalangan orang2 yang rugi.InsyaAllah...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Wednesday, December 1, 2010

RON97 naik harga

Ron97 vs RON95

Selamat pagi semua.Efektif tengah malam tadi harga minyak RON97 telah naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.Kenaikan harga RON97 adalah berdasarkan perubahan mengikut harga pasaran dunia.Kerajaan akan mengekalkan harga subsidi RON95.Jimat2lah kita marilah gunakan RON95.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Motivasi Hari Ini

Umar dan Nenek

Salam sejahtera semua.

Semoga ceria disamping keluarga tercinta.Setiap orang mempunyai kisah suka dukanye yang tersendiri.Namun sebagai hambaNya,kita memang layak untuk diuji..



Soalan: Jika di tanya apakah kekuatan anda?

Jawapan: Kekuatan saya adalah keluarga yang sentiasa menjadi pendorong saya untuk mengharungi hari2 mendatang.



Setiap kebaikan mahupun musibah yang mendatang adalah ujian buat kita semua.Ingatlah sehebat mana pun ujian yang datang,harungilah ia dengan tabah, sabar dan berdoa mudah2an Allah memberikan kita kebaikan di dunia maupun di akhirat.



Di dalam post kali ini saya ingin mengingatkan diri saya dan semua perihal stress dan melaluinya. Kadang2 apabila diuji musibah kita mudah terasa stress dan berputus asa.



Ada juga pakar2 yang berpendapat bahawa stress itu bagus.Stress juga boleh menjadikan minda kita lebih fokus dan kreatif di dalam membuat penyelesaian.Ya ianya memang benar2 berlaku,di mana disebalik musibah dan stress ini ada individu yang bangkit dan menjadi lebih cemerlang, kreatif dan inovatif.Dalam post yang akan datang akan di sambung berkenaan dengan tokoh2 yang menjadi lebih berjaya setelah mendapat stress di dalam kerjayanya.

Semoga kita dapat manfaat dari post ini.Salam kemajuan..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Tuesday, November 30, 2010

Amanah Hartanah Bumiputera

AHB

Selamat malam semua.Pagi ini saya datang dengan penuh semangat untuk memulakan tugas.Lega rasanya dapat selesaikan banyak tugasan.Pagi tadi juga saya berkesempatan mengunjungi Maybank KL Sentral.Sekadar ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Amanah Hartanah Bumiputera.

Kepada Bumiputera yang mempunyai ekonomi yang stabil ataupun cukup sekadar selesa dengan pendapatan anda sekarang.Saya ingin menggalakkan anda untuk mula mengambil peluang ini.Kerajaan telah membuka peluang bagi Bumipitera untuk melabur dalam industri hartanah yang dijamin mengikut prinsip syariah.Lebih menarik lagi ianya ditawarkan pada harga minima RM500-RM200000 dengan harga seunit adalah RM1.

Diharapkan kita semua dapat mempergunakan kesempatan ini dengan sebaiknya.

Maklumat tambahan untuk bakal2 pelabur.

1) Bawa Kad Pengenalan sebagai bukti anda Bumiputera.

2) Pelaburan minima adalah RM500.Maksima adalah RM200000.

3) Jika anda mempunyai akaun Maybank lebih bagus lagi sila bawa akaun no. jika tiada guna akaun bank lain juga boleh.

4) Kanak2 juga boleh memohon.Memadai penjaga untuk tandatangan juga MyKid sebagai bukti Bumiputera.



Setakat ini majoriti media perdana melaporkan keuntungan dividen sekurang2nye 6 peratus setiap 2 tahun sekali.



Ok selamat melabur semua.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Menjenguk MAHA 2010











Salam pagi Selasa.Mata masih belum boleh dipejamkan.Mungkin kesan minum nescafe sewaktu makan malam tadi.Dari berjaga & tak buat ape2 baiklah saya gunakan masa yang terluang ini untuk kemaskini blog ni.Hujung minggu lalu saya & isteri berkesempatan melawat MAHA 2010.

Secara jujurnya ini merupakan kali pertama saya dapat mengisi slot aktiviti harian yang memang agak sibuk untuk riadah dan santai bersama isteri tercinta.Sepanjang berada di expo tersebut saya dapat meluangkan masa untuk menambah pengetahuan berkenaan pertanian & perniagaan.

Memang tidak dapat dinafikan kunjungan orang ramai amatlah menggalakkan.Ianya dapat dilihat apabila hampir semua gerai sentiasa mendapat limpahan pengunjung datang dan pergi silih berganti.Seronok melihat sambutan dan juga rezeki buat petani dan peladang negara yang telah bertungkus lumus di dalam menyokong acara tahunan MAHA ini.Adalah diharapkan supaya aktiviti seumpama ini akan membantu generasi terdahulu serta pelapis untuk bergiat di dalam industri ini serta menggalakkan proses pemodenan dalam teknologi pertanian dan penternakan.Semoga usaha kita semua sentiasa mendapat keredaanNya.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Powered by ShowMeBlogger.com

Monday, November 29, 2010

Amanah Hartanah Bumiputera

Bumiputera & Hartanah

Salam pelaburan buat semua.

Hari ini kerajaan telah memulakan perkongsian untuk dinikmati bersama bumiputera.1Billion jumlah Amanah Hartanah Bumiputera telah dibuka untuk langganan minima sebanyak RM500.Sekadar info berguna untuk mereka yang minat didalam pelaburan.Sangatlah digalakkan untuk mempelbagaikan pelaburan.Pelaburan ini adalah mengikut prinsip syariah, dijangka memberikan pulangan minima 6 peratus dan dividen akan dibayar setiap 2 tahun sekali.Dari itu marilah kita beramai2 mengunjungi Maybank untuk melanggan beramai2.Semoga pelaburan kita berbaloi2 di dunia dan akhirat.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

isnin yang blues

umaru, sotate & wanio

salam sejahtera semua.isnin datang lagi.memang hari agak berat untuk memulakan tugas sekembalinya dari cuti hujung minggu.ya,walau pun berat hati tapi tuntutan tugas harus dilaksanakan.

kembali bertugas selepas bercuti bersama anak dan isteri di pahang.itulah rutin mingguan saya.anak serta isteri tercinta berada di pahang bagi membolehkan isteri bertugas untuk negeri tercinta serta disokong oleh anakanda yang tercinta.

kalau diikutkan hati memang agak berat untuk meninggalkan anak dan isteri di perantauan.tetapi tuntutan tugas dan keperluan dalam meneruskan perjuangan demi kelangsungan hidup.

kadang2 kita perlu korbankan sedikit keselesaan dalam hidup untuk kebahagiaan hari2 mendatang.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Thursday, November 25, 2010

DC Company ade PROB..

Pusat Data @ Data Center

Hai..Pagi ni saya masuk opis macam biasa.Datang2 trus check email & balas mana2 yang perlu.Da siap melahu juge le lpas brekpas tadi.Mana taknye ade 2 projek yang diamanahkan pada saya da ready tapi still pending kat teammember utk tambah2 part2 yang dorang cover.Sudahnye saya yang melahu xde mende nak digodak.(alasan orang malas le 2)...hehehe.

Tepat pkul 11 lebey tadi DC yang memang dibawah jajahan takluk selian saya ade prob.1st level check memang ade 1 penyaman udara DC yang kaput.Yang lebey best xde sape2 pun perasan ade prob.Itu pun nasib bek ade team member yang msuk ke dalam DC.

Memandangkan hardware prob dan itu bukan bawah bidang kuasa saya maka supplier pun terpaksa di gerakkan untuk membuat pertukaran alat ganti pada penyaman udara DC.Bersyukur sangat2 sebab DC ni memang sudah di siapkan dengan 2 penyaman udara untuk backup kalau ade yang kaput.Pergh boleh tahan ujian hari ini.Benda yang paling merisaukan untuk Jurutera DC adalah penyaman udara,bekalan elektrik,atau peralatan rangkaian totally down dan semua servis kepada pelanggan terganggu.Company boleh kena saman ooo..

Ops...ade urusan yg perlu dibuat..Ok sambung dekat post len nanti eh.daaa...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Motivasi Pagi 2

Umar Fahmi

Salam pertemuan. Alhamdulillah.Semalam adalah memori.Hari ini adalah realiti dan besok adalah fantasi.Semoga kita masih di beri kesempatan untuk mengharungi perjuangan kehidupan.Hari ini merupakan langkah pertama untuk mendekati dunia blog.Sekian lama menjadi pemerhati di luar gelanggang.Akhirnya terpangggil jua untuk mula mengorak langkah.Ya titik perubahan itu penting.

InsyaAllah akan cuba untuk post ke blog ini dengan lebih kerap lagi.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Motivasi Pagi

isteriku & umar

Salam Pagi Khamis.Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan menghayati keindahan alam maya ini.Di kesempatan ini ingin sekali saya untuk mengingatkan diri sendiri dan keluarga tentang kekuatan kita sebagai satu barisan.Setiap dari kita mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Dari itu kerjasama berpasukan akan menjadi kekuatan kita dalam memperbaiki amalan dan perbuatan di dalam kehidupan.

Marilah kita tanamkan di dalam diri kita untuk sama2 menghayati keindahan Islam itu sendiri.Islam itu bukan sekadar agama yang diwarisi.Islam adalah cara hidup.Dari itu marilah sama2 kita bermuhasabah diri kita dan memperbaiki kelemahan diri.Mulakan dengan memaafkan diri sendiri,maafkan isteri yang tercinta,maafkan anak2 yang tersayang,maafkan semua orang.Mudah2an hati kita akan jadi lembut di dalam memaafkan sesama kita.

Masih teringat lagi masa2 muda ketika mengikuti pengajian Al-Quran dengan Guru Quran Haji Daud.Setiap butir yang keluar dari Tuan Guru ini adalah penuh dengan nasihat di dalam memperbaiki diri.Haji Dsud atau lebih mesra lagi di panggil Nyang Daud kerana hubungan kekeluargaan.

Pesan Nyang setiap kali kita menuding jari pada orang lain maka ingatlah bahawa ada lebih banyak jari yang akan menunjukkan kepada diri kita sendiri.Dari itu marilah kita mulakan dengan muhasabah diri.InsyaAllah di post2 yang akan datang akan di muatkan mutiara kata yang sering di petik dalam mengharungi perjuangan hidup ini.Alhamdulillah syukran.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Salam Sayang

Caya nantuk ni

Salam kerinduan buat anak dan isteriku yang tercinta.Moga2 kita semua dirahmati Allah didunia dan akhirat.Seperti biasa hidup mesti diteruskan tanpa isteri dan anak yang tercinta.Perpisahan atas tuntutan tugas dan pengorbanan demi agama,bangsa dan negara.Seperti biasa jalani rutin harian.pergi kerja,rehat dan balik kerja.Begitulah rutin harian tak sabar menantikan hujung minggu untuk bertemu dengan anak dan isteri yang tercinta.Semoga perpisahan kita ini akan mendapat redha Ilahi di dunia dan akhirat.InsyaAllah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com