Tuesday, November 30, 2010

Amanah Hartanah Bumiputera

AHB

Selamat malam semua.Pagi ini saya datang dengan penuh semangat untuk memulakan tugas.Lega rasanya dapat selesaikan banyak tugasan.Pagi tadi juga saya berkesempatan mengunjungi Maybank KL Sentral.Sekadar ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Amanah Hartanah Bumiputera.

Kepada Bumiputera yang mempunyai ekonomi yang stabil ataupun cukup sekadar selesa dengan pendapatan anda sekarang.Saya ingin menggalakkan anda untuk mula mengambil peluang ini.Kerajaan telah membuka peluang bagi Bumipitera untuk melabur dalam industri hartanah yang dijamin mengikut prinsip syariah.Lebih menarik lagi ianya ditawarkan pada harga minima RM500-RM200000 dengan harga seunit adalah RM1.

Diharapkan kita semua dapat mempergunakan kesempatan ini dengan sebaiknya.

Maklumat tambahan untuk bakal2 pelabur.

1) Bawa Kad Pengenalan sebagai bukti anda Bumiputera.

2) Pelaburan minima adalah RM500.Maksima adalah RM200000.

3) Jika anda mempunyai akaun Maybank lebih bagus lagi sila bawa akaun no. jika tiada guna akaun bank lain juga boleh.

4) Kanak2 juga boleh memohon.Memadai penjaga untuk tandatangan juga MyKid sebagai bukti Bumiputera.



Setakat ini majoriti media perdana melaporkan keuntungan dividen sekurang2nye 6 peratus setiap 2 tahun sekali.



Ok selamat melabur semua.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

No comments:

Post a Comment