Wednesday, December 15, 2010

Asyura



9 Muharram 1432



Salam semua.



Hari ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab kita di bumiNya ini.Semoga kita semua sentiasa di dalam keredhaanNya.



Esok adalah 10 Muharram 1432 Hijrah.Tarikh yang sangat banyak pengertian, pengajaran dan peristiwa.Marilah sama2 kita berpuasa sunat sebagai tanda bersyukur kita ke hadrat Ilahi.



Ramai yang mengetahui banyak sejarah,pengajaran dan pelajaran yang diambil oleh umat Nabi Muhammad yang terkemudian ini.Antaranya peristiwa terdamparnya bahtera Nabi Allah Noh di atas Bukit Tursina yang mana bekalan makanan yang hanya tinggal sedikit sahaja.Dan dari itu juga bermulanya sejarah bubur Asyura yang mana ianya mencampurkan pelbagai ramuan makanan ke dalam bubur.



Syukur kita kerana dapat beribadat dan menikmati kehidupan dalam suasana yang aman dan tenteram ini.Semoga Allah mengampuni dosa2 kita yang telah lalu.Amin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

No comments:

Post a Comment