Thursday, December 9, 2010

Pengetahuan berkenaan kalender



Catatan 3 Muharram 1432H



Salam sejahtera semua pembaca blog Cahaya Rabiha.



Malam ini adalah malam Jumaat yang mana adalah menjadi rutin harian bagi umat Islam untuk beramai2 atau secara bersendirian untuk membacakan surah Yassin, Al Quran dan tidak lupa juga membuat tahlil ringkas.Semoga amalan kita semua diterima Allah.



Bagi yang menjadi suami atau isteri pada hujung minggu pastinya tak sabar menantikan berakhirnya waktu kerja samada petang atau malam esok.Walau apapun semoga kita semua sentiasa terpelihara Allah di dalam setiap amalan dan perbuatan seharian kita.



Disini saya sekadar ingin mengongsikan pandangan untuk tatapan umum.Terpanggil setelah mendengar ulasan Deejay ikim.fm berkenaan dengan penggunaan Tahun Hijrah di dalam perjalanan hidup kita.



Hari ini juga saya belajar sesuatu tentang takwim tahun Hijrah.Untuk setiap 33 1/2 tahun mengikut kalender Masihi hendaklah ditambahkan 1 tahun lagi untuk pengiraan di dalam kalender Hijrah.Sebagai contohnya jika umur Ahmad sudah 33.5 tahun mengikut kalender Masihi maka umur Ahmad dalam tahun Hijrah adalah 34.5 tahun.



Disini barulah saya nampak di mana perselisihan kalendar mengikut bulan dan matahari berlaku.Ya sesungguhnya ini juga adalah pengetahuan baru buat saya.Sekadar perkongsian ringkas buat tatapan pembaca Cahaya Rabiha.Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.



Salam Perjuangan.



sotat

Cahaya Rabiha Enterprise



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

No comments:

Post a Comment