Tuesday, November 30, 2010

Menjenguk MAHA 2010











Salam pagi Selasa.Mata masih belum boleh dipejamkan.Mungkin kesan minum nescafe sewaktu makan malam tadi.Dari berjaga & tak buat ape2 baiklah saya gunakan masa yang terluang ini untuk kemaskini blog ni.Hujung minggu lalu saya & isteri berkesempatan melawat MAHA 2010.

Secara jujurnya ini merupakan kali pertama saya dapat mengisi slot aktiviti harian yang memang agak sibuk untuk riadah dan santai bersama isteri tercinta.Sepanjang berada di expo tersebut saya dapat meluangkan masa untuk menambah pengetahuan berkenaan pertanian & perniagaan.

Memang tidak dapat dinafikan kunjungan orang ramai amatlah menggalakkan.Ianya dapat dilihat apabila hampir semua gerai sentiasa mendapat limpahan pengunjung datang dan pergi silih berganti.Seronok melihat sambutan dan juga rezeki buat petani dan peladang negara yang telah bertungkus lumus di dalam menyokong acara tahunan MAHA ini.Adalah diharapkan supaya aktiviti seumpama ini akan membantu generasi terdahulu serta pelapis untuk bergiat di dalam industri ini serta menggalakkan proses pemodenan dalam teknologi pertanian dan penternakan.Semoga usaha kita semua sentiasa mendapat keredaanNya.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Powered by ShowMeBlogger.com

No comments:

Post a Comment