Tuesday, December 14, 2010

Sembang Petang



8 Muharram 1432



Salam sejahtera semua. Semoga kita semua diberkati Allah di dunia dan akhirat.



Sekadar perkongsian untuk sembang2 petang..Saya bertugas sebagai Jurutera Rangkaian di sebuah syarikat berkaitan kerajaan(GLC).Tugasan yang agak mencabar kerana untuk menyokong rangkaian bagi syarikat2 pelanggan dan juga syarikat induk.



Selain itu saya juga terlibat di dalam menguruskan soal teknikal untuk setiap tender yang dimasuki oleh syarikat.Selama ini saya lebih banyak diberi peranan untuk memberikan pandangan dan ada ketikanya untuk mengetuai tender yang melibatkan rangkaian.Menarik dan mencabar itu komen ringkas saya.



Pagi ini saya dan rakan2 teknikal diberi kesempatan untuk menganggotai kumpulan penilai teknikal bagi 2 tender.Alhamdulillah tugasan tersebut telah berjaya dilaksanakan.



Sedikit terkilan apabila penilaian yang dibuat lebih memihak kepada syarikat non-bumi yang telah kukuh dan berpengalaman dalam melaksanakan tender2 yang terdahulu.Bukan tidak berkeyakinan tetapi kriteria yang telah ditetapkan lebih menyerlahkan pemarkahan yang sangat ketara di dalam jadual perbandingan penialaian bagi syarikat2 pentender.



Saya bukanlah seorang yang racist.Cuma sekadar meluahkan isi hati.Ke mana perginya syarikat2 bumi yang lebih berpengalaman.

Sudah tanduskah bumi Malaysia ini dengan usahawan tekno yang berdaya saing.Bukan memperkecilkan bangsa sendiri.Sekadar mengajak untuk berfikir.Semoga kita semua akan berusaha untuk menjadi antara usahawan2 tekno yang berdaya saing di masa2 akan datang.InsyaAllah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

No comments:

Post a Comment