Tuesday, November 15, 2011

Mencari kekuatan dalam diri

Setiap tindakan hari ini adalah hasil pilihan diri kita sendiri.Semua orang mempunyai hak untuk membuat pilihan untuk berjaya atau gagal.Ramai manusia yang membuat pilihan untuk berjaya tetapi mengambil tindakan untuk gagal.

Dari setiap tindakan itu akan menggambarkan segala pilihan kita.Manusia yang berjaya adalah manusia yang membuat pilihan untuk berjaya dengan mengambil tindakan yang betul dan tepat.

Manusia yang berjaya adalah manusia yang mencuba berbagai cara dan kaedah dengan harapan untuk mendapatkan keputusan yang berbeza.Manusia yang gagal adalah manusia yang mencuba kaedah yang sama untuk mendapatkan keputusan yang berbeza.

Pilihan di tangan kita samada mahu berjaya atau gagal.Setiap tindakan mempengaruhi keputusan.Setiap keputusan adalah hasil dari pilihan kita.Semoga berjaya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 12, 2011

Pelajaran yang amat berharga

Badan dah penat tapi masih belum boleh menidurkan diri.Sepintas ni juga saya terkenang kisah cucu-cucu Rasulullah iaitu Hassan dan Hussin.

Kedua-dua cucu Rasulullah ini memang sangat mesra dan amat rapat dengan Rasulullah.Mereka juga amat terkenal dengan kisah yang sentiasa menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

Pada suatu hari Hassan dan Hussin ternampak seorang Pakcik yang sedang mengambil wudhuk. Melihatkan Pakcik tersebut mengambil wudhuk dengan cara yang salah lantas mereka ingin menegurnya.

Memandangkan mereka masih kecil dan juga untuk menjaga tingkahlaku maka kedua-dua beradik ini bersepakat untuk menegur kesalahan si Pakcik ini dengan cara yang berhemah.

Kedua-dua beradik ini mendatangi Pakcik berkenaan dan meminta bantuan beliau untuk menghakimi mereka berdua.
"Pakcik kami ini ingin meminta tolong untuk mengadili siapa di antara kami yang mengambil wudhuk dengan lebih sempurna?"

Pakcik berkenaan bersetuju untuk mengadili wudhuk siapakah yang lebih sempurna diantara kedua mereka.Maka Hassan dan Hussin bergilir-gilir mengambil wudhuk di hadapan Pakcik berkenaan.

Setelah ditelilti dan diamati oleh si Pakcik ini akan kedua-dua perlakuan wudhuk cucu Rasulullah ini maka akhirnya tersedarlah ia yang dia sedang ditegur dengan cara yang sangat berhemah berkenaan kesalahannya dalam mengambil wudhuk.Dia menerima dengan hati yang terbuka serta membetulkan wudhuknya setelah mendapat pengajaran yang amat berguna dari kedua-dua cucu Rasulullah itu.

Saudara dan saudari sekalian kita memang amat mudah untuk mencari kesalahan dan kesilapan orang lain tetapi ada ketikanya amat sukar untuk menegur kesalahan orang lain mahupun menerima teguran bagi kesilapan diri sendiri.Dari itu marilah kita mulakan dengan berlapang dada di dalam menerima teguran dan juga berhemah di dalam memeberi teguran supaya ianya tidak memalukan malah ia juga akan menjadi satu jihad untuk kita semua di dalam menyampaikan dakwah Islam yang indah ini.

Semoga kita akan dapat memanfaatkan ilmu yang sempat dikongsikan ini.InsyaAllah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 19, 2011

Mencipta Kerjaya

Selamat berjaya dan berkerjaya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.Mudah-mudahan juga hari-hari yang mendatang lebih baik hendaknya.

Generasi hari ini ramai yang melihat tokoh-tokoh jutawan dan hartawan berjaya sebagai idola atau sumber inspirasi mereka.Mengambil seseorang sebagai pendorong kejayaan adalah sesuatu yang menarik.

Mungkin ada di antara kita pernah mendengar kisah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. Yang juga menjadi antara Jutawan Islam yang berjaya di zamannya.Sahabat berkenaan bernama Saidina Usman Ibnu Affan.Seorang yang berjaya dan pemurah di dalam menyumbang ke arah pembangunan Islam.

Sahabat ini juga pada zaman sebelum Hijrah adalah merupakan seorang hartawan dan bangsawan di Mekah.Penghijrahan ke Madinah merupakan antara ujian besar buat sahabat ini kerana perlu meninggalkan semua harta dan keluarganya seandainya dia masih mahu meneruskan Hijrah.Demi cintanya kepada Islam beliau memilih untuk Hijrah ke Madinah hanya sehelai sepinggang.

Kaum Muhajirin dan Ansar disaudarakan termasuklah Saidina Usman.Saudara dari Kaum Ansar ingin memberikan harta dan isteri kepada Saidina Usman.Dengan lemah lembut Saidina Umar menolak pelawaan itu dan meminta ditunjukkan pasar Madinah.

Sesampainya Saidina Usman di pasar Madinah,dia hanya memerhatikan dan meneliti apakah perniagaan yang boleh dilakukannya.Dari situ bermulalah perniagaan Saidina Usman tanpa menggunakan modal.Dia telah menggunakan kemahirannya dalam selok belok perniagaan di dalam memulakan kerjaya di Madinah.
Saidina Usman menawarkan diri untuk membantu menjualkan Unta bagi pihak seorang saudagar.

Dalam menjual Unta itu si saudagar, Saidina usman mengambil tali pengikat untuk setiap unta yang dijualnya.Hasilnya semua tali-tali yang dikumpulkannya itu pun dijual.
Dari situlah bermulanya kembali zaman kegemilangan perniagaan buat Saidina Usman sehingga menjadi Jutawan yang unggul dalam dunia Islam.

Begitulah hebatnya Saidina Usman.Kreatif dan inovatif di dalam memulakan kerjaya baru dan menjadi Saudagar baru di Tanah Madinah.Semoga kita semua dapat menimba ilmu dari Jutawan Islam yang berjaya di dunia dan akhirat ini.InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 18, 2011

Kisah Si Penjual Susu

Setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.Kita semua berkemungkinan untuk membuat kesilapan demi kesilapan.Belajarlah dari setiap kesilapan kerana sesungguhnya kesilapan itu adalah guru yang terbaik buat kita semua.

Kisah kali ini adalah berkenaan dengan Si Penjual Susu bernama Pak Abu.Setiap hari beliau akan datang ke ladang-ladang di sekitar kampungnya untuk membeli susu segar.

Semua susu yang dibeli itu akan dimasukkan ke dalam tembikar tanah liat dan dibawa ke pasar untuk dijual.Setiap hari keuntungan yang diperolehi oleh Pak Abu adalah sebanyak 2 Dinar emas.Pak Abu bercita-cita untuk menunaikan Haji dan beliau telah memulakan tabungan bagi melaksanakan impiannya itu.

Setiap hari Pak Abu akan mengira tabungannya.Setiap hari juga Pak Abu akan termenung kerana merasakan tabungannya itu masih belum mencukupi untuk beliau pergi menunaikan Haji.Ketika itu tabungan bagi seseorang yang ingin menunaikan Haji adalah sebanyak 100 Dinar emas.

Setelah puas berfikir akhirnya Pak Ali mendapat buah fikiran.Dia akhirnya nekad untuk menjual susu yang dicampurkan dengan air.Sejak dari hari itu Pak Abu memulak perniagaan susu campurnya itu.Kesan langsungnya adalah keuntungan Pak Abu adalah berganda daripada biasa yang mana akhirnya mencukupi untuk menunaikan Haji.

Setelah membuat segala persiapan yang diperlukan.Pak Abu pun bertolaklah pergi ke Mekah bagi menunaikan Haji.Perjalanan itu mengambil masa yang agak panjang yang mana Pak Abu perlu keluar dari kampungnya bagi mendapatkan perkhidmatan Kapal Besar.

Perjalanan yang panjang itu memerlukan Pak Abu untuk menyeberangi sungai di hujung kampungya.Setelah penat berjalan sampailah Pak Abu di sebatang sungai yang mejadi sempadan antara kampungnya dengan kampung seberang.Akibat keletihan dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sepohon pokok yang rendang.

Badan Pak Abu yang lesu menyebabkan dia tertidur ketika asyik berehat.Ketika sedang terlena muncullah seekor monyet yang tertarik melihat beg galas yang dibawa oeh Pak Abu.Monyet berkenaan lantas mencapai beg galas itu dan membawanya pergi ke atas pokok.

Tidak lama kemudian Pak Abu terbangun dan baru menyedari bahawa beg galasnya telah hilang.Sedang beliau tercari-cari beg galasnya terlihatlah Pak Abu akan Si Monyet yang sednag bermain-main dengan beg galasnya.

Pak Abu merasa sangat marah lantas membaling-baling monyet itu dengan harapan dia akan dapat menakutkan Si Monyet serta memulangkan kembali beg galas kepunyaannya.Si Monyet yang terkejut lantas mencapai isi beg galas dan membalingkannya kepada Pak Abu.

Dari situ Pak Abu mendapat ide.Dia pun mencapai beberapa biji batu dan membalingkat batu itu ke arah hadapannya.Si Monyet yang melihat perbuatan Pak Abu juga menirunya dengan membalingkan Dinar emas yang terdapat di dalam beg galas Pak Abu.

Peliknya perbuatan Si Monyet adalah membalingkan 1 Dinar emas ke arah hadapan Pak Abu dan 1 Dinar Emas yang berikutnya ke dalam sungai.Begitulah seterusnya sehinggalah habis 100 Dinar emas yang telah di lempar oleh Si Monyet.

Pak Abu terpaku sebentar dan merenung kembali peristiwa Si Monyet yang melempar Dinar emasnya ke dalam air.Akhirnya Pak Abu mendapat pengajaran yang sangat berguna.Dia akhirnya menyesali perbuatannya yang mencampurkan air ke dalam susu jualannya.Dia juga berazam untuk meminta maaf dari pembeli-pembeli susu jualannya serta bertaubat kepada Allah atas segala kesilapan yang telah dilakukannya itu.

Pengajarannya, niat tidak pernah menghalalkan cara.Terkadang kita terleka dan terlalai di dalam melakukan sesuatu.Pohonlah keampunan Allah.Mudah-mudahan Allah mengampunkan kita semua.InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 14, 2011

Mendamaikan Hati

Setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.Setiap kesilapan itu seharusnya menjadi titik tolak ke arah yang lebih baik.Kita hanya ada dua pilihan samada untuk terus membuat kesilapan demi kesilapan atau cuba membetulkan kesilapan yang lalu.Carilah kedamaian hati dengan memberi kemaafan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Andainya dosa yang kita lakukan itu kepada Allah maka berdoalah dan bertaubatlah kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Setiap perbuatan itu samada kecil atau besar ketahuilah bahawa sesungguhnya ianya adalah dalam pengetahuan Allah.Jadilah hambaNya yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.Mudah-mudahan Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita.Sentiasalah berdoa supaya di damaikan hati dengan kasih sayang Allah.Berdoalah dengan hati yang penuh pengharapan.Sesungguhnya Allah itu mendengar setiap permintaan hambaNya.

Andai kesilapan itu kita lakukan sesama makhluk maka mulakanlah dengan memaafkan diri sendiri dan mereka yang pernah menganiayai kita.Memang mudah untuk memaafkan tetapi untuk melupakan adalah sesuatu yang lebih besar.Dari itu damaikanlah hati kita dengan memberi kemaafan dan seterusnya melupakan perselisihan silam.Kembalilah kita pada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Mudah-mudahan Allah melihat titik perubahan ini sebagai satu hijrah kita ke arah yang lebih baik.

Marilah kita hidup dengan hati yang tenang dan damai dari perselisihan silam.Marilah kita mulakan satu titik tolak ke arah persaudaraan Islam yang lebih indah.Islam itu indah dan andainya kita selami keindahan Islam itu maka kita akan merasai kenikmatan dalam setiap ibadat yang kita lakukan.Hati yang damai akan sentiasa dekat dengan penciptaNya.Hati yang damai akan sentiasa mendambakan rindu kepada kasih sayang Allah.

Ya Allah, jadikanlah orang lain sentiasa memandang tinggi kepadaku tetapi aku sentiasa merendah diri dihadapanMu.Ampunilah aku dan seluruh ahli keluargaku.Sesungguhnya kemaafanMu itu adalah lebih tinggi dari kemurkaanMu.Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 13, 2011

Motivasi Helang

Burung Helang adalah merupakan burung yang menjadi lambang kemegahan dan kekuatan bagi sesebuah negara besar dunia.Contohnya USA menjadikan Helang sebagai jata rasmi kerajaan.Begitu juga dengan Jerman yang juga menggunakan gambar Helang sebagai lambang rasmi kerajaan.

Di sebalik burung Helang yang gagah ini sebenarnya tersimpan cerita yang sangat menyedihkan.Tahukah kita bahawa Helang mempunyai kitar hidup yang sangat luar biasa.Setiap burung Helang apabila mencapai umur dewasa perlu membuat pilihan samada untuk hidup atau mati dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Tahukah kita bahawa Helang yang terbang bertebaran di angkasa itu juga akan mengalami satu detik yang mana dia perlu membuat pilihan di dalam kitar kehidupannya.Setiap Helang yang mencapai usia dewasa biasanya akan mengalami proses transformasi yang mana bulu burung berkenaan akan menjadi lebih panjang dari kebiasaannya.Lantaran itu juga Si Helang ini akan mengalami kesukaran untuk terbang tinggi kerana berat badan yang semakin meningkat.

Saat permulaan proses transformasi ini si Helang yang membuat pilihan untuk hidup mestilah terbang ke kawasan-kawasan tanah tinggi biasanya berdekatan dengan gaung-gaung di pergunungan.Dari situ bermulalah satu proses yang sangat menyakitkan yang mana si Helang perlu mula mencabut setiap bulunya yang semakin memanjang itu sehelai demi sehelai dengan menggunakan paruhnya pada setiap hari.Ianya akan terus dilakukan sehinggalah semua bulu-bulunya telah habis dicabut.Dapatkah kita bayangkan betapa sakitnya penderitaan yang di tanggung si Helang itu setiap kali terpaksa mencabut bulunya.

Proses transformasi yang berikutnya pula adalah si Helang akan mencakar-cakar kulit pokok mahupun batang-batang kayu di dalam usaha untuk membuang kuku-kukunya yang juga akan turut memanjang selari dengan peningkatan usia si Helang.Kuku-kuku si Helang akan mula tercabut satu demi satu sehingga tiada lagi kuku di kakinya.

Sesudah kuku-kukunya habis tercabut maka transformasi yang seterusnya adalah si Helang akan mula mencatuk-catuk paruhnya pada permuakaan keras seperti batu-batan mahupun batang-batang kayu.Proses ini sangat perlu dilakukan kerana paruh burung Helang juga akan semakin memanjang dan berkemungkinaan boeh mencucuk ke dada si Helang itu sendiri.Justeru itu si Helang perlu meneruskan usahanya itu sehingga habis semua paruhnya juga tertanggal.

Begitulah si Helang yang akan terus berada di tempat-tempat tersebut sehingga kitaran baru bermula.Kitaran baru ini akan menyaksikan bulu-bulu baru yang akan tumbuh dengan lebatnya.Begitu juga dengan kuku dan paruhnya juga yang akan tumbuh yang baru serta lebih menawan dari yang sebelumya.Begitulah kitaran hidup si Helang yang sentiasa berani dan gagah di dalam menjalani ujian yang sangat berat itu.

Mudah-mudahan kita smua akan mengambil iktibar dari kisah si Helang ini.Semoga kita akan terus bangkit dan menjadi Helang-Helang yang gagah dan hebat yang sering bertebaran di angkasa lepas tanpa sebarang ragu.InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terima Kasih

Setiap kali kita menerima bantuan, pertolongan atau apa-apa saja pasti kita merasa terpanggil untuk berterima kasih.Walau sekecil mana atau sebesar mana pertolongan sekali pun kita pasti akan hargai dengan ucapan terima kasih.

Manusia yang tahu berterima kasih adalah merupakan manusia yang tahu menghargai setiap sesuatu.Begitu jugalah yang patutnya berlaku untuk setiap nikmat Allah yang kita terima.Setiap nikmat yang kita syukuri itu adalah lebih baik dari merisaukan nikmat Allah yang telah kita terlepas atau hilang.

Nikmat Allah yang manakah yang sepatutnya kita syukuri.Syukur Allhamdulillah untuk nikmat kita masih bernyawa untuk menjalani hari ini.Bersykurlah untuk nikmat Allah untuk makanan yang kita perolehi sehingga ke hari ini.Bersyukurlah dengan nikmat anggota badan yang cukup sifatnya yang kita gunakan sehingga ke hari ini.Bersyukurlah untuk setiap pemberian Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setiap kali kita ditimpa kesusahan atau kesempitan adakalanya kita terlupa untuk berterima kasih.Barangkali ada kebaikan dari setiap ujian yang kita harungi atau tempuhi itu.Terkadang manusia merasakan apa yang tidak diperolehinya itu adalah suatu keburukan atau nasib malang dirinya.Tapi sedarkah kita itu hanya satu dari nikmat Allah kita kesali sedangkan ada ribuan atau jutaan nikmat Allah yang masih kita rasai dan patut disyukuri.

Sedarilah kesusahan atau kesempitan itu adalah salah satu dari nikmat Allah untuk kita mendapat pahala dariNya, dengan bersyukur dan berterima kasih padaNya semakin kita mendekatkan diri pada Pencipta.Semoga Allah akan memaafkan segala kesilapan dan kelalaian kita yang lalu.Sentiasalah syukuri semua nikmat-nikmatNya.Jadilah hamba yang bersyukur yang mana sentiasa berterima kasih kepada Tuhannya dan bukan kufur dengan segala nikmat-nikmatnya.

Ingatkah kita dengan nikmat yang kita rasa dan hirup tetapi tidak nampak dengan mata kasar.Udara yang kita hirup setiap hari ini andainya dikenakan bil sebagaimana bil talian telefon bimbit atau jalur lebar Internet,adakah mampu kita untuk membayarnya.Renungkanlah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 12, 2011

Melihat kegagalan dari sudut positif

Setiap orang yang berjaya mempunyai pengalaman pahit maung di dalam mengharungi kehidupan.Setiap insan yang berjaya pada hari ini adalah insan yang sentiasa belajar dari kesilapan dan kegagalan yang dilaluinya.

Semua orang pasti pernah mendengar kegagalan yang dihadapi oleh beberapa orang Perdana Menteri kita.Sebagai contoh Tun Dr Mahathir pernah dipecat dari UMNO apabila beliau dengan beraninya mengkritik orang-orang Melayu di dalam bukunya Malay Dilema.Lantaran keberaniannya itu jugalah beliau pernah dan masih digelar Racist Melayu oleh sesetengah pihak.Namun kegagalan dalam pentas politik berkenaan tidak bermakna berakhirnya sebuah perjuangan.Kita semua sedia maklum akhirnya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.Beliau juga merupakan Perdana Menteri yang paling lama memerintah dan serta banyak menyumbang ke arah pembangunan negara.

Begitu juga dengan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.Beliau juga pernah mengalami zaman kejatuhannya apabila pernah tewas di dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO.Semua orang menyangka bahawa itu adalah titik tolak kepada penyingkiran Pak Lah dari pentas politik Malaysia.Tetapi sebaliknya juga berlaku apabila beliau juga kembali bersaing di dalam UMNO serta menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.Sesuatu yang sangat diluar jangkaan pemerhati-pemerhati politik Malaysia.

Mungkin ramai yang menyangka bahawa Steve Job pengasas bersama kepada Apple sentiasa berjaya di dalam setiap apa yang diusahakannya.Tapi sedarkah kita bahawa Steve juga pernah dipecat dari Apple kerana pergolakan kuasa yang berlaku di dalam Apple.Beliau juga pernah menyatakan bahawa dia menyangka penyingkiran itu adalah suatu detik hitam di dalam hidupnya serta pengakhiran segala perjuangannya.Tetapi itu hanya bersifat sementara apabila tahun berikutnya dia kembali bangkit dengan menguasai Next Computer dan seterusnya juga menguasai Pixar Studio.

Pixar studio mengalami kenaikan yang mendadak dengan penerbitan animasi yang sangat diluar jangkaan.Dari situ juga Steve Job perlahan-lahan bangun dari kegagalannya yang lalu serta diberi peluang untuk sekali lagi menerajui Apple yang pernah diasaskannya.Sebagaimana yang kita sedia maklum Steve Job berjaya membawa Apple ke tahap yang lebih membanggakan yang mana sehingga ke hari ini semua orang sangat mengingati beliau atas sumbangannya di dalam memacu pembangunan teknologi yang diluar kotak.

Inilah kisah antara insan-insan yang diuji dengan kegagalan dan berjaya bangkit di dalam mengharungi ujian yang dilaluinya.Semoga
kisah-kisah ini akan menjadi motivasi yang akan sentiasa mendorong kita ke arah yang lebih maju di masa-masa mendatang.InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 11, 2011

Dendam yang positif

Bercerita tentang dendam.Kekadang kita mudah merasa sakit hati dan berdendam atas setiap perbuatan yang dilakukan terhadap kita.Kali ini kita akan melihat dendam itu dari sudut yang lebih positif.

Kisah ini berlaku di sebuah syarikat minyak dan gas (O&G) terkemuka di Timur Tengah.Seorang budak pekerja am baru saja menyertai syarikat berkenaan.Budak pejabat ini masih baru dengan selok belok syarikat berkenaan.

Pada suatu hari, budak pejabat ini merasa sangat dahaga dan dia pergi mencari air di sekitar pejabat tempat dia bekerja.Setelah puas mencari,akhirnya budak tersebut terjumpa dengan satu bekas air.Tanpa syak wasangka dia cuba untuk meminum air berkenaan.Malangnya sebelum sempat dia meneguk air itu dia telah ditegur.

Jurutera Amerika "Kamu tidak boleh minum air ini! Air ini hanya untuk jurutera-jurutera yang bekerja di syarikat ini saja."

Menyedari akan kesilapan dirinya budak pejabat itu terus berlalu dan berazam untuk menjadi jurutera pada suatu hari nanti.Akibat dari peristiwa itu juga dia telah bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik.Akhirnya budak pejabat ini berjaya menyambung pelajarannya di sebuah universiti terkemuka di Amerika.

Setelah menamatkan pengajiannya, budak pejabat itu kembali untuk bertugas di syarikat O&G yang sama.Daripada seorang jurutera kemudian perlahan-lahan dia meniti satu demi satu jawatan penting di dalam syarikat berkenaan.Berkat usaha yang gigih dan tekun beliau akhirnya dilantik menjadi CEO syarikat berkenaan.Beliau juga akhirnya diamanahkan untuk menjadi Presiden syarikat berkenaan.

CEO ini tadi akhirnya didatangi oleh Jurutera Amerika yang pernah menegur beliau dulu.Jurutera berkenaan ingin memohon cuti panjang untuk pulang ke Amerika.Menyedari keterlanjurannya pada suatu ketika dulu.
"Saya harap tuan boleh bersikap profesional dan tidak menolak permohonan saya kerana peristiwa air yang dulu itu".
CEO menjawab"Sebenarnya pada mulanya aku merasa marah dan sangat dimalukan serta berdendam tetapi dari sudut hati aku yang paling dalam aku ingin mengucapkan terima kasih kerana teguran mu itu telah menjadi dendam yang positif kepada kehidupan ku pada hari ini."

Begitulah kesudahan cerita yang boleh kita jadikan motivasi di dalam mengharungi hari-hari mendatang.Bekas budak pejabat itu sehingga kini masih lagi menjadi Presidan dan melepaskan jawatan CEO.Kerana kebolehannya yang sangat cemerlang dia juga telah dilantik sebagai Menteri Minyak kepada negara Timur Tengah itu serta masih lagi berkhidmat kepada negaranya sehinga kini yang mana beliau juga merupakan orang yang paling berpengaruh di dalam menentukan harga minyak dunia.

Moral cerita ini:
Berdendamlah dengan cara yang positif.Kebaikan akan datang dengan sendirinya apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu itu dengan keikhlasan dan keazaman yang tinggi.

Man jadda Wa jadda.
"Siapa yang berusaha maka dia akan berjaya"

InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 10, 2011

Kisah Singa dengan Tikus

Kali ini kita akan berbicara tentang iktibar dari kisah haiwan yang terkenal sebagai raja rimba dengan sang tikus.

Suatu hari si tikus keluar dari sarangnya untuk mencari makanan.Tikus sangat dikenali rutin hariannya yang mana ia akan sentiasa mengikut jalan yang sama setiap kali ia keluar dan masuk ke sarangnya.

Sedang ia asyik berjalan tiba-tiba si Tikus terasa ada suatu hadangan dalam laluan yang biasa di laluinya.Rupa-rupanya si Tikus sedang memijak badan Sang Singa yang kebetulan sedang berehat di bawah sepohon pokok.

Sang Singa tersedar kerana tidurnya terganggu. Apabila mendapati ada seekor Tikus sedang berada di atas badannya maka sang Singa merasa sangat marah lantas menangkap Tikus berkenaan."Berani kamu memijak badan aku.Kamu tahu tak aku ini Singa juga raja rimba ini!".
Si Tikus"Maafkan aku Sang Singa.Aku meminta belas kasihan kamu untuk kali ini sahaja.Aku berjanji akan menolong kamu satu hari nanti"
"Kamu itu kecil.Mampukah kamu membantu aku"jawab Sang Singa lantas ketawa dengan bongkaknya."Tapi tidak mengapa aku maafkan kau untuk kali ini,Pergilah kamu sebelum aku berubah fikiran."
Selang beberapa ketika.Sang Singa keluar berjalan-jalan mencari makanan.Tanpa disedarinya rupa-rupanya Sang Singa telah terpijak perangkap yang menyebabkan ia tergantung ke dalam jala yang diletakkan oleh pemburu.Sang Singa yang terperangkap ini berusaha untuk melepaskan dirinya daripada perangkap jala tersebut.Namun kegagahan Sang Singa itu tidak mampu untuk merungkai kekemasan perangkap jala itu mahupun untuk melepaskan dirinya.
Tiba-tiba muncul Si Tikus."Jangan risau wahai Sang Singa.Aku akan cuba membantu kamu"
Sang Singa terpana"Apa yang kamu mampu buat wahai Tikus.Aku yang besar ini pun masih tidak berjaya untuk melepaskan diri"
Tanpa memperdulikan kata-kata Sang Singa.Si Tikus terus menggunakan kelebihan giginya untuk menggigit-gigit jala berkenaan.Akhirnya Si Tikus berjaya membantu melepaskan Sang Singa.Sang Singa amat berterima kasih kepada Si Tikus kerana telah membantunya.Semenjak dari itu mereka menjadi sahabat baik yang mana saling bantu membantu serta saling melengkapi kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Moral cerita ini:
Setiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.Dari itu sentiasalah merendah diri walau kita di atas mahupun di bawah.Kecil bukan bermakna lemah dan besar jangan disangka gagah.

Semoga kita mendapat iktibar dari cerita ini.Jangan memandang rendah pada orang lain walaupun kita seorang bos mahupun pekerja bawahan.Sentiasalah berdoa supaya kita terpelihara dari sifat meninggi diri.

"Ya Allah jadikan orang lain sentiasa memandang tinggi terhadapku tetapi aku sentiasa merendah diri terhadapMu.Amin".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 30, 2011

Meliihat kehidupan dari persepsi yang lebih baik.

Salam semua.Agak lama juga saya tidak update blog ni.Terikat dengan tugasan harian sehingga tak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini.

Kali ini kita bercerita tentang persepsi kita melihat kehidupan ini.Perbezaan situasi serta persepsi tentang kehidupan.

Kita akan sentiasa merasakan orang lain lebih bernasib baik dari kita apabila melihat kelebihan orang lain.Namun sedarkah kita ada ketikanya kelebihan kita juga adalah merupakan kekurangan kepada individu lain.Dari itu mulakan dengan menerima setiap kelebihan dan kekurangan kita sebagai satu rahmat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sentiasalah melihat kelebihan kita itu adalah kekurangan pada orang lain.Jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur.Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza tentang kejayaan.Ada orang yang merasa dia sudah berjaya apabila mampu memberikan serta melengkapkan kewajipannya sebagai suami,bapa dan pemimpin sebuah keluarga.

Ada juga yang sentiasa merasa dirinya penuh dengan kekurangan apabila dibandingkan dengan kelebihan orang lain.Sedarilah bahawa setiap kelebihan dan kekurangan itu adalah untuk menguji sejauh mana kita bersyukur dengan anugerah pemberianNya.

Manusia yang bersyukur adalah manusia yang menghargai pemeriannya dan tahu berterima kasih kepada penciptaNya.Dari itu marilah kita mulakan dengan sentiasa berterima kasih walau sekecil mana pun pertolongan atau pemberian yang kita terima.InsyaAllah kita akan berasa lebih tenang dan tenteram dalam mengharungi hari-hari mendatang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.