Tuesday, November 30, 2010

Amanah Hartanah Bumiputera

AHB

Selamat malam semua.Pagi ini saya datang dengan penuh semangat untuk memulakan tugas.Lega rasanya dapat selesaikan banyak tugasan.Pagi tadi juga saya berkesempatan mengunjungi Maybank KL Sentral.Sekadar ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Amanah Hartanah Bumiputera.

Kepada Bumiputera yang mempunyai ekonomi yang stabil ataupun cukup sekadar selesa dengan pendapatan anda sekarang.Saya ingin menggalakkan anda untuk mula mengambil peluang ini.Kerajaan telah membuka peluang bagi Bumipitera untuk melabur dalam industri hartanah yang dijamin mengikut prinsip syariah.Lebih menarik lagi ianya ditawarkan pada harga minima RM500-RM200000 dengan harga seunit adalah RM1.

Diharapkan kita semua dapat mempergunakan kesempatan ini dengan sebaiknya.

Maklumat tambahan untuk bakal2 pelabur.

1) Bawa Kad Pengenalan sebagai bukti anda Bumiputera.

2) Pelaburan minima adalah RM500.Maksima adalah RM200000.

3) Jika anda mempunyai akaun Maybank lebih bagus lagi sila bawa akaun no. jika tiada guna akaun bank lain juga boleh.

4) Kanak2 juga boleh memohon.Memadai penjaga untuk tandatangan juga MyKid sebagai bukti Bumiputera.



Setakat ini majoriti media perdana melaporkan keuntungan dividen sekurang2nye 6 peratus setiap 2 tahun sekali.



Ok selamat melabur semua.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Menjenguk MAHA 2010











Salam pagi Selasa.Mata masih belum boleh dipejamkan.Mungkin kesan minum nescafe sewaktu makan malam tadi.Dari berjaga & tak buat ape2 baiklah saya gunakan masa yang terluang ini untuk kemaskini blog ni.Hujung minggu lalu saya & isteri berkesempatan melawat MAHA 2010.

Secara jujurnya ini merupakan kali pertama saya dapat mengisi slot aktiviti harian yang memang agak sibuk untuk riadah dan santai bersama isteri tercinta.Sepanjang berada di expo tersebut saya dapat meluangkan masa untuk menambah pengetahuan berkenaan pertanian & perniagaan.

Memang tidak dapat dinafikan kunjungan orang ramai amatlah menggalakkan.Ianya dapat dilihat apabila hampir semua gerai sentiasa mendapat limpahan pengunjung datang dan pergi silih berganti.Seronok melihat sambutan dan juga rezeki buat petani dan peladang negara yang telah bertungkus lumus di dalam menyokong acara tahunan MAHA ini.Adalah diharapkan supaya aktiviti seumpama ini akan membantu generasi terdahulu serta pelapis untuk bergiat di dalam industri ini serta menggalakkan proses pemodenan dalam teknologi pertanian dan penternakan.Semoga usaha kita semua sentiasa mendapat keredaanNya.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Powered by ShowMeBlogger.com

Monday, November 29, 2010

Amanah Hartanah Bumiputera

Bumiputera & Hartanah

Salam pelaburan buat semua.

Hari ini kerajaan telah memulakan perkongsian untuk dinikmati bersama bumiputera.1Billion jumlah Amanah Hartanah Bumiputera telah dibuka untuk langganan minima sebanyak RM500.Sekadar info berguna untuk mereka yang minat didalam pelaburan.Sangatlah digalakkan untuk mempelbagaikan pelaburan.Pelaburan ini adalah mengikut prinsip syariah, dijangka memberikan pulangan minima 6 peratus dan dividen akan dibayar setiap 2 tahun sekali.Dari itu marilah kita beramai2 mengunjungi Maybank untuk melanggan beramai2.Semoga pelaburan kita berbaloi2 di dunia dan akhirat.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

isnin yang blues

umaru, sotate & wanio

salam sejahtera semua.isnin datang lagi.memang hari agak berat untuk memulakan tugas sekembalinya dari cuti hujung minggu.ya,walau pun berat hati tapi tuntutan tugas harus dilaksanakan.

kembali bertugas selepas bercuti bersama anak dan isteri di pahang.itulah rutin mingguan saya.anak serta isteri tercinta berada di pahang bagi membolehkan isteri bertugas untuk negeri tercinta serta disokong oleh anakanda yang tercinta.

kalau diikutkan hati memang agak berat untuk meninggalkan anak dan isteri di perantauan.tetapi tuntutan tugas dan keperluan dalam meneruskan perjuangan demi kelangsungan hidup.

kadang2 kita perlu korbankan sedikit keselesaan dalam hidup untuk kebahagiaan hari2 mendatang.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Thursday, November 25, 2010

DC Company ade PROB..

Pusat Data @ Data Center

Hai..Pagi ni saya masuk opis macam biasa.Datang2 trus check email & balas mana2 yang perlu.Da siap melahu juge le lpas brekpas tadi.Mana taknye ade 2 projek yang diamanahkan pada saya da ready tapi still pending kat teammember utk tambah2 part2 yang dorang cover.Sudahnye saya yang melahu xde mende nak digodak.(alasan orang malas le 2)...hehehe.

Tepat pkul 11 lebey tadi DC yang memang dibawah jajahan takluk selian saya ade prob.1st level check memang ade 1 penyaman udara DC yang kaput.Yang lebey best xde sape2 pun perasan ade prob.Itu pun nasib bek ade team member yang msuk ke dalam DC.

Memandangkan hardware prob dan itu bukan bawah bidang kuasa saya maka supplier pun terpaksa di gerakkan untuk membuat pertukaran alat ganti pada penyaman udara DC.Bersyukur sangat2 sebab DC ni memang sudah di siapkan dengan 2 penyaman udara untuk backup kalau ade yang kaput.Pergh boleh tahan ujian hari ini.Benda yang paling merisaukan untuk Jurutera DC adalah penyaman udara,bekalan elektrik,atau peralatan rangkaian totally down dan semua servis kepada pelanggan terganggu.Company boleh kena saman ooo..

Ops...ade urusan yg perlu dibuat..Ok sambung dekat post len nanti eh.daaa...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Motivasi Pagi 2

Umar Fahmi

Salam pertemuan. Alhamdulillah.Semalam adalah memori.Hari ini adalah realiti dan besok adalah fantasi.Semoga kita masih di beri kesempatan untuk mengharungi perjuangan kehidupan.Hari ini merupakan langkah pertama untuk mendekati dunia blog.Sekian lama menjadi pemerhati di luar gelanggang.Akhirnya terpangggil jua untuk mula mengorak langkah.Ya titik perubahan itu penting.

InsyaAllah akan cuba untuk post ke blog ini dengan lebih kerap lagi.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Motivasi Pagi

isteriku & umar

Salam Pagi Khamis.Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan menghayati keindahan alam maya ini.Di kesempatan ini ingin sekali saya untuk mengingatkan diri sendiri dan keluarga tentang kekuatan kita sebagai satu barisan.Setiap dari kita mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Dari itu kerjasama berpasukan akan menjadi kekuatan kita dalam memperbaiki amalan dan perbuatan di dalam kehidupan.

Marilah kita tanamkan di dalam diri kita untuk sama2 menghayati keindahan Islam itu sendiri.Islam itu bukan sekadar agama yang diwarisi.Islam adalah cara hidup.Dari itu marilah sama2 kita bermuhasabah diri kita dan memperbaiki kelemahan diri.Mulakan dengan memaafkan diri sendiri,maafkan isteri yang tercinta,maafkan anak2 yang tersayang,maafkan semua orang.Mudah2an hati kita akan jadi lembut di dalam memaafkan sesama kita.

Masih teringat lagi masa2 muda ketika mengikuti pengajian Al-Quran dengan Guru Quran Haji Daud.Setiap butir yang keluar dari Tuan Guru ini adalah penuh dengan nasihat di dalam memperbaiki diri.Haji Dsud atau lebih mesra lagi di panggil Nyang Daud kerana hubungan kekeluargaan.

Pesan Nyang setiap kali kita menuding jari pada orang lain maka ingatlah bahawa ada lebih banyak jari yang akan menunjukkan kepada diri kita sendiri.Dari itu marilah kita mulakan dengan muhasabah diri.InsyaAllah di post2 yang akan datang akan di muatkan mutiara kata yang sering di petik dalam mengharungi perjuangan hidup ini.Alhamdulillah syukran.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Salam Sayang

Caya nantuk ni

Salam kerinduan buat anak dan isteriku yang tercinta.Moga2 kita semua dirahmati Allah didunia dan akhirat.Seperti biasa hidup mesti diteruskan tanpa isteri dan anak yang tercinta.Perpisahan atas tuntutan tugas dan pengorbanan demi agama,bangsa dan negara.Seperti biasa jalani rutin harian.pergi kerja,rehat dan balik kerja.Begitulah rutin harian tak sabar menantikan hujung minggu untuk bertemu dengan anak dan isteri yang tercinta.Semoga perpisahan kita ini akan mendapat redha Ilahi di dunia dan akhirat.InsyaAllah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com