Thursday, September 20, 2012

Pedoman Hidup

Dalam hidup ini kita kena banyak memberi.Persiapkanlah diri kita untuk pencen kubur.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Peringatan

Kadang2 kita tetap buat dosa kecil dan tidak rasa bersalah, tetapi kena ingat kita buat dosa kecil pada Yang Maha Besar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 9, 2012

Islam

"Islam datang datang dalam keadaan terasing, ia akan kembali terasing.Maka berbahagialah orang-orang yang terasing"....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 5, 2012

Hidup Islam

"Aku pergi ke Perancis, aku tak nampak orang Islam tapi aku nampak Islam itu hidup.Aku pergi ke Mesir, aku nampak ramai orang Islam tapi aku tak nampak Islam".

Hebatnya Islam hidup di negara bukan Islam tapi tak nampak dalam negara Islam itu sendri.
Di mana kita dalam menghidupkan Islam?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ilmu Allah

Kalau kita berkehendak bercakap dengan Allah kita kena perbanyakkan solat.Kalau kita berkehendakkan Allah bercakap dengan kita marilah perbanyakkan baca Al Quran.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 6, 2012

Muhasabah Diri

Setiap kali melihat kejengkelan orang lain pasti ada yang akan bersa kurang senang.Ada saja kekurangan yang akan kita cari dari orang yang kita a benci.Sesungguhnya adalah lebih baik kita menghisab diri sendiri.Kita juga ada kekurangan dan kelemahan.Dari itu henti2kanlah mencari2 kesalahan atau kelemahan orang lain.Mulakan dengan menghitung sejauh mana amalan kita yang dalam tempoh waktu yang ada ini akan membantu kita merintis laluan ke syurga ataupun ke neraka.Mudah2an amalan kita semua akan diterima oleh Allah SWT.Salam Jumaat.
-Masjid At-Taqwa, TTDI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Misteri Syiling Lama.

Disebut kisah ini berlaku pada satu ketika.Terdapat sepasang suami isteri yang hidup dalam keadaan yang serba sederhana.Si suami kadang2 ada pekerjaan dan pendapatan tetapi hanya sekadar cukup untuk menampung makanan dan keperluan mereka sekeluarga.

Suatu hari si isteri hampir hilang sabar dan terus2an meleteri suaminya.Ini kerana keadaan sederhana keluarga mereka menyebabkan mereka tidak mampu untuk memiliki kabinet2 dan keperluan yang selayaknya dimiliki oleh sesebuah keluarga.

Si suami merasa tertekan dan akhirnya keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan serta upah yang berpatutan.Semasa melalui satu lorong si suami ini tersepak sekeping duit syiling yang agak buruk.Mengharapkan syiling itu berharga si suami pun membawa syiling lama itu ke bank.

Sesampai di bank dia amat kecewa kerana bank tidak dapat menerima syiling yang sudah usang itu.Kerani bank berkenaan menasihatkan si suami pergi ke kedai barangan antik untuk menjual syiling lama berkenaan jika ianya berharga.

Si suami dengan bersemangatnya pergi ke kedai barang2 antik.Alangkah gembiranya si suami apabila tauke kedai berkenaan bersetuju untuk membeli syiling berkenaan dengan harga RM50.Ini sudah baik fikir si suami.Tanpa modal satu sen pun sudah mendapat keuntungan.

Semasa hendak pulang ke rumah si suami ini melalui sebuah kedai papan.Terfikir akan keinginan si isteri yang mahukan kabinet dapur maka si suami pun singgah untuk mencari papan kayu yang cantik untuk dibuat kabinet permintaan si isteri.

Setelah memilih papan yang terbaik si suami membayar RM50 yang dimilikinya tadi dan meneruskan perjalanan pulang.Ketika melalui sebuah kedai perabot, si suami telah ditawarkan dengan kabinet yang menarik untuk ditukarkan dengan papan2 terbaik yang sedang dibawa oleh si suami.

Memikirkan tawaran yang menarik itu,si suami bersetuju dan diapun membawa pulang kabinet yang telah ditawarkan tadi.Semasa melaui suatu rumah si suami telah ditahan oleh seorang suri rumah yang mahu membeli kabinet yang sedang diusung oleh si suami.Memandangkan tawaran RM200 untuk kabinet itu maka si suami pun bersetuju untuk menjualkannya.Si suami merasakan sangat beruntung keran dengan bermodalkan syling lama tadi dia telah mendapat duit yabg berganda nilainya.

Dengan hati yang girang si suami pun berjalan pulang membawa duit sebanyak RM200 itu.Semasa melalui sebuah lorong sunyi tiba2 si suami telah dirompak oleh seorang penyamun yang mengacukan sebilah pisau ke leher nya.Tanpa berfikir panjang si suami pun menyerahkan duit hasil jualan kabinet tadi.Setelah itu barulah si suami dilepaskan pulang oleh sang perompak.

Pulanglah si suami dengan muka yang masam.Sesampainya si suami ke rumah si isteri pun menegurnya.
"Kenapa abang masam aje ni?"
Si suami menceritakan bahawa dia telah dirompak dalam perjalanan pulang tadi.Si isteri sangat terkejut "Apa yang dirompaknya, abang mana ada apa2 pun.Bukan ke abang keluar tadi sehelai sepinggang saja"
Si suami pun mejawab"Memang tak ada apa2.yang dirompak tadi pun cuma sekeping syiling lama".

Begitulah kisahnya dalam kehidupan kita hari ini.Sebenarnya kita tidak memiliki apa2 dan tidak pernah memilikinya pun.Setiap sesuatu itu adalah milik Allah.Dari itu jangan bersedih jika kita diuji dengan kehilangan sesuatu yang kita sukai mahupun sayangi.Ingatlah kita ini adalah milik Allah.Setiap yang kita ada hari ini adalah kepunyaan Allah.Alhamdulillah Allah bagi kita pinjam dan akan ambil kembali apabila tiba perjanjianNya.Syukur dan belajarlah untuk terus bersyukur.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KasihNya

Bila apa yang kita buat ada banyak halangan dan rintangan.Jangan berasa itu adalah kegagalan.Ingatlah Allah yang merancang kita untuk semua itu.Laluilah ianya dengan sabar dan redha.Sesungguhnya Allah sangat suka orang yang bersabar.Sentiasa ingat Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.Allah tidak akan beri ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNya.Sentiasa berbaik sangka dengan Allah.Syukurlah untuk semua nikmat yang kita nikmati dalam sedar mahupun tidak.Allah beri apa yang kita sangat perlukan walau pun bukan apa yang kita minta.Jangan takut untuk bersyukur.Syukurlah.Allah kan ada....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 5, 2012

Indahnya kasih sayang Allah

Allah bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita berkehendak.
Dari itu marilah kita bermuhasabah diri.Mudah2an Allah menjadikan kita hamba2nya yang bersyukur di waktu susah dan senang, di waktu sihat dan sakit, di waktu berkesempatan sebelum nafas terhenti.amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.