Tuesday, November 15, 2011

Mencari kekuatan dalam diri

Setiap tindakan hari ini adalah hasil pilihan diri kita sendiri.Semua orang mempunyai hak untuk membuat pilihan untuk berjaya atau gagal.Ramai manusia yang membuat pilihan untuk berjaya tetapi mengambil tindakan untuk gagal.

Dari setiap tindakan itu akan menggambarkan segala pilihan kita.Manusia yang berjaya adalah manusia yang membuat pilihan untuk berjaya dengan mengambil tindakan yang betul dan tepat.

Manusia yang berjaya adalah manusia yang mencuba berbagai cara dan kaedah dengan harapan untuk mendapatkan keputusan yang berbeza.Manusia yang gagal adalah manusia yang mencuba kaedah yang sama untuk mendapatkan keputusan yang berbeza.

Pilihan di tangan kita samada mahu berjaya atau gagal.Setiap tindakan mempengaruhi keputusan.Setiap keputusan adalah hasil dari pilihan kita.Semoga berjaya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 12, 2011

Pelajaran yang amat berharga

Badan dah penat tapi masih belum boleh menidurkan diri.Sepintas ni juga saya terkenang kisah cucu-cucu Rasulullah iaitu Hassan dan Hussin.

Kedua-dua cucu Rasulullah ini memang sangat mesra dan amat rapat dengan Rasulullah.Mereka juga amat terkenal dengan kisah yang sentiasa menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

Pada suatu hari Hassan dan Hussin ternampak seorang Pakcik yang sedang mengambil wudhuk. Melihatkan Pakcik tersebut mengambil wudhuk dengan cara yang salah lantas mereka ingin menegurnya.

Memandangkan mereka masih kecil dan juga untuk menjaga tingkahlaku maka kedua-dua beradik ini bersepakat untuk menegur kesalahan si Pakcik ini dengan cara yang berhemah.

Kedua-dua beradik ini mendatangi Pakcik berkenaan dan meminta bantuan beliau untuk menghakimi mereka berdua.
"Pakcik kami ini ingin meminta tolong untuk mengadili siapa di antara kami yang mengambil wudhuk dengan lebih sempurna?"

Pakcik berkenaan bersetuju untuk mengadili wudhuk siapakah yang lebih sempurna diantara kedua mereka.Maka Hassan dan Hussin bergilir-gilir mengambil wudhuk di hadapan Pakcik berkenaan.

Setelah ditelilti dan diamati oleh si Pakcik ini akan kedua-dua perlakuan wudhuk cucu Rasulullah ini maka akhirnya tersedarlah ia yang dia sedang ditegur dengan cara yang sangat berhemah berkenaan kesalahannya dalam mengambil wudhuk.Dia menerima dengan hati yang terbuka serta membetulkan wudhuknya setelah mendapat pengajaran yang amat berguna dari kedua-dua cucu Rasulullah itu.

Saudara dan saudari sekalian kita memang amat mudah untuk mencari kesalahan dan kesilapan orang lain tetapi ada ketikanya amat sukar untuk menegur kesalahan orang lain mahupun menerima teguran bagi kesilapan diri sendiri.Dari itu marilah kita mulakan dengan berlapang dada di dalam menerima teguran dan juga berhemah di dalam memeberi teguran supaya ianya tidak memalukan malah ia juga akan menjadi satu jihad untuk kita semua di dalam menyampaikan dakwah Islam yang indah ini.

Semoga kita akan dapat memanfaatkan ilmu yang sempat dikongsikan ini.InsyaAllah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.