Saturday, December 4, 2010

Bersyukur & disyukuri

Tingginya darjat orang beriman
Salam pagi Sabtu.Semoga minggu ini lebih baik dari minggu2 sebelumnya.

Sebagai peringatan untuk menempuh hari2 mendatang.Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.Baik musibah maupun kebaikan yang kita dapat sentiasalah bersyukur dan positif.
Sekadar kisah untuk motivasi.
Suatu ketika dahulu ada seorang raja yang memerintah di sebuah kerajaan.Raja ini di bantu oleh seeorang menteri yang sangat positif.Apabila ditimpa musibah menteri ini takkan mencela tetapi akan sentiasa bersangka baik.

Suatu hari Raja mendapat musibah dan menyebabkan tangannya terpaksa dipotong bagi mengelakkan mudarat pada nyawanya.Setelah sembuh Raja memanggil menterinya.SiRaja memaklumkan bahwa tangannya telah cacat.Tanpa rasa ragu dan bersangka baik si Menteri berkata bagus.SiRaja merasa pelik dan mengatakan bahawa baginda telah cacat akibat dari musibah.Tanpa ragu2 juga siMenteri menjawab baguslah.Raja sangat murka mendengar jawapan siMenteri,akibatnya Raja memerintahkan siMenteri ini ditangkap dan dipenjarakan.Namun siMenteri tetap positif dengan berkata bagus.Raja bertambah murka dan mengatakan Menterinya ini sangat aneh kerana masih positif untuk setiap musibah yang dialaminya.Akhirnya Menteri itu dipenjarakan.

Si Raja mempunyai minat berburu dan masih meneruskan hobinya walaupun telah cacat.Ketika sedang berburu di dalam hutan rombongan Raja diserang dan ditawan oleh puak asli kuno yang menjadikan manusia sebagai makanan istimewa mereka.

Setelah dikurung beberapa ketika tibalah giliran siRaja untuk dibunuh dan dimasak sebagai hidangan ketua puak asli kuno.Sebelum mangsa dibunuh, ketua Puak akan memeriksa tawanan.Apabila mendapati siRaja cacat maka ketua puak melepaskannya kerana tidak sempurna sebagai hidangan istimewa.

Setelah dibebaskan siRaja kembali ke kerajaannya dan memerintahkan supaya siMenteri dibebaskan dan diberikan jawatan asalnya untuk membantu Raja dalam urusan pemerintahan kerajaan.Setelah peristiwa nyaris dijadikan hidangan puak kuno asli itu barulah siRaja mendapat iktibar dan menerima setiap sesuatu sebagai positif dengan sentiasa bersangka baik seperti siMenteri.

Moral untuk cerita ini hendaklah kita bersangka baik terhadap Allah.Setiap sesuatu yang berlaku itu ade hikmahnya.Banyakkan berdoa dan berusaha untuk mendapat ganjaran yang baik disisiNya.Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang beriman serta beruntung di dunia dan akhirat.Sampai ketemu lagi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

No comments:

Post a Comment