Monday, November 29, 2010

isnin yang blues

umaru, sotate & wanio

salam sejahtera semua.isnin datang lagi.memang hari agak berat untuk memulakan tugas sekembalinya dari cuti hujung minggu.ya,walau pun berat hati tapi tuntutan tugas harus dilaksanakan.

kembali bertugas selepas bercuti bersama anak dan isteri di pahang.itulah rutin mingguan saya.anak serta isteri tercinta berada di pahang bagi membolehkan isteri bertugas untuk negeri tercinta serta disokong oleh anakanda yang tercinta.

kalau diikutkan hati memang agak berat untuk meninggalkan anak dan isteri di perantauan.tetapi tuntutan tugas dan keperluan dalam meneruskan perjuangan demi kelangsungan hidup.

kadang2 kita perlu korbankan sedikit keselesaan dalam hidup untuk kebahagiaan hari2 mendatang.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

No comments:

Post a Comment