Monday, October 10, 2011

Kisah Singa dengan Tikus

Kali ini kita akan berbicara tentang iktibar dari kisah haiwan yang terkenal sebagai raja rimba dengan sang tikus.

Suatu hari si tikus keluar dari sarangnya untuk mencari makanan.Tikus sangat dikenali rutin hariannya yang mana ia akan sentiasa mengikut jalan yang sama setiap kali ia keluar dan masuk ke sarangnya.

Sedang ia asyik berjalan tiba-tiba si Tikus terasa ada suatu hadangan dalam laluan yang biasa di laluinya.Rupa-rupanya si Tikus sedang memijak badan Sang Singa yang kebetulan sedang berehat di bawah sepohon pokok.

Sang Singa tersedar kerana tidurnya terganggu. Apabila mendapati ada seekor Tikus sedang berada di atas badannya maka sang Singa merasa sangat marah lantas menangkap Tikus berkenaan."Berani kamu memijak badan aku.Kamu tahu tak aku ini Singa juga raja rimba ini!".
Si Tikus"Maafkan aku Sang Singa.Aku meminta belas kasihan kamu untuk kali ini sahaja.Aku berjanji akan menolong kamu satu hari nanti"
"Kamu itu kecil.Mampukah kamu membantu aku"jawab Sang Singa lantas ketawa dengan bongkaknya."Tapi tidak mengapa aku maafkan kau untuk kali ini,Pergilah kamu sebelum aku berubah fikiran."
Selang beberapa ketika.Sang Singa keluar berjalan-jalan mencari makanan.Tanpa disedarinya rupa-rupanya Sang Singa telah terpijak perangkap yang menyebabkan ia tergantung ke dalam jala yang diletakkan oleh pemburu.Sang Singa yang terperangkap ini berusaha untuk melepaskan dirinya daripada perangkap jala tersebut.Namun kegagahan Sang Singa itu tidak mampu untuk merungkai kekemasan perangkap jala itu mahupun untuk melepaskan dirinya.
Tiba-tiba muncul Si Tikus."Jangan risau wahai Sang Singa.Aku akan cuba membantu kamu"
Sang Singa terpana"Apa yang kamu mampu buat wahai Tikus.Aku yang besar ini pun masih tidak berjaya untuk melepaskan diri"
Tanpa memperdulikan kata-kata Sang Singa.Si Tikus terus menggunakan kelebihan giginya untuk menggigit-gigit jala berkenaan.Akhirnya Si Tikus berjaya membantu melepaskan Sang Singa.Sang Singa amat berterima kasih kepada Si Tikus kerana telah membantunya.Semenjak dari itu mereka menjadi sahabat baik yang mana saling bantu membantu serta saling melengkapi kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Moral cerita ini:
Setiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.Dari itu sentiasalah merendah diri walau kita di atas mahupun di bawah.Kecil bukan bermakna lemah dan besar jangan disangka gagah.

Semoga kita mendapat iktibar dari cerita ini.Jangan memandang rendah pada orang lain walaupun kita seorang bos mahupun pekerja bawahan.Sentiasalah berdoa supaya kita terpelihara dari sifat meninggi diri.

"Ya Allah jadikan orang lain sentiasa memandang tinggi terhadapku tetapi aku sentiasa merendah diri terhadapMu.Amin".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment