Wednesday, October 12, 2011

Melihat kegagalan dari sudut positif

Setiap orang yang berjaya mempunyai pengalaman pahit maung di dalam mengharungi kehidupan.Setiap insan yang berjaya pada hari ini adalah insan yang sentiasa belajar dari kesilapan dan kegagalan yang dilaluinya.

Semua orang pasti pernah mendengar kegagalan yang dihadapi oleh beberapa orang Perdana Menteri kita.Sebagai contoh Tun Dr Mahathir pernah dipecat dari UMNO apabila beliau dengan beraninya mengkritik orang-orang Melayu di dalam bukunya Malay Dilema.Lantaran keberaniannya itu jugalah beliau pernah dan masih digelar Racist Melayu oleh sesetengah pihak.Namun kegagalan dalam pentas politik berkenaan tidak bermakna berakhirnya sebuah perjuangan.Kita semua sedia maklum akhirnya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.Beliau juga merupakan Perdana Menteri yang paling lama memerintah dan serta banyak menyumbang ke arah pembangunan negara.

Begitu juga dengan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.Beliau juga pernah mengalami zaman kejatuhannya apabila pernah tewas di dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO.Semua orang menyangka bahawa itu adalah titik tolak kepada penyingkiran Pak Lah dari pentas politik Malaysia.Tetapi sebaliknya juga berlaku apabila beliau juga kembali bersaing di dalam UMNO serta menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.Sesuatu yang sangat diluar jangkaan pemerhati-pemerhati politik Malaysia.

Mungkin ramai yang menyangka bahawa Steve Job pengasas bersama kepada Apple sentiasa berjaya di dalam setiap apa yang diusahakannya.Tapi sedarkah kita bahawa Steve juga pernah dipecat dari Apple kerana pergolakan kuasa yang berlaku di dalam Apple.Beliau juga pernah menyatakan bahawa dia menyangka penyingkiran itu adalah suatu detik hitam di dalam hidupnya serta pengakhiran segala perjuangannya.Tetapi itu hanya bersifat sementara apabila tahun berikutnya dia kembali bangkit dengan menguasai Next Computer dan seterusnya juga menguasai Pixar Studio.

Pixar studio mengalami kenaikan yang mendadak dengan penerbitan animasi yang sangat diluar jangkaan.Dari situ juga Steve Job perlahan-lahan bangun dari kegagalannya yang lalu serta diberi peluang untuk sekali lagi menerajui Apple yang pernah diasaskannya.Sebagaimana yang kita sedia maklum Steve Job berjaya membawa Apple ke tahap yang lebih membanggakan yang mana sehingga ke hari ini semua orang sangat mengingati beliau atas sumbangannya di dalam memacu pembangunan teknologi yang diluar kotak.

Inilah kisah antara insan-insan yang diuji dengan kegagalan dan berjaya bangkit di dalam mengharungi ujian yang dilaluinya.Semoga
kisah-kisah ini akan menjadi motivasi yang akan sentiasa mendorong kita ke arah yang lebih maju di masa-masa mendatang.InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment