Tuesday, October 18, 2011

Kisah Si Penjual Susu

Setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.Kita semua berkemungkinan untuk membuat kesilapan demi kesilapan.Belajarlah dari setiap kesilapan kerana sesungguhnya kesilapan itu adalah guru yang terbaik buat kita semua.

Kisah kali ini adalah berkenaan dengan Si Penjual Susu bernama Pak Abu.Setiap hari beliau akan datang ke ladang-ladang di sekitar kampungnya untuk membeli susu segar.

Semua susu yang dibeli itu akan dimasukkan ke dalam tembikar tanah liat dan dibawa ke pasar untuk dijual.Setiap hari keuntungan yang diperolehi oleh Pak Abu adalah sebanyak 2 Dinar emas.Pak Abu bercita-cita untuk menunaikan Haji dan beliau telah memulakan tabungan bagi melaksanakan impiannya itu.

Setiap hari Pak Abu akan mengira tabungannya.Setiap hari juga Pak Abu akan termenung kerana merasakan tabungannya itu masih belum mencukupi untuk beliau pergi menunaikan Haji.Ketika itu tabungan bagi seseorang yang ingin menunaikan Haji adalah sebanyak 100 Dinar emas.

Setelah puas berfikir akhirnya Pak Ali mendapat buah fikiran.Dia akhirnya nekad untuk menjual susu yang dicampurkan dengan air.Sejak dari hari itu Pak Abu memulak perniagaan susu campurnya itu.Kesan langsungnya adalah keuntungan Pak Abu adalah berganda daripada biasa yang mana akhirnya mencukupi untuk menunaikan Haji.

Setelah membuat segala persiapan yang diperlukan.Pak Abu pun bertolaklah pergi ke Mekah bagi menunaikan Haji.Perjalanan itu mengambil masa yang agak panjang yang mana Pak Abu perlu keluar dari kampungnya bagi mendapatkan perkhidmatan Kapal Besar.

Perjalanan yang panjang itu memerlukan Pak Abu untuk menyeberangi sungai di hujung kampungya.Setelah penat berjalan sampailah Pak Abu di sebatang sungai yang mejadi sempadan antara kampungnya dengan kampung seberang.Akibat keletihan dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sepohon pokok yang rendang.

Badan Pak Abu yang lesu menyebabkan dia tertidur ketika asyik berehat.Ketika sedang terlena muncullah seekor monyet yang tertarik melihat beg galas yang dibawa oeh Pak Abu.Monyet berkenaan lantas mencapai beg galas itu dan membawanya pergi ke atas pokok.

Tidak lama kemudian Pak Abu terbangun dan baru menyedari bahawa beg galasnya telah hilang.Sedang beliau tercari-cari beg galasnya terlihatlah Pak Abu akan Si Monyet yang sednag bermain-main dengan beg galasnya.

Pak Abu merasa sangat marah lantas membaling-baling monyet itu dengan harapan dia akan dapat menakutkan Si Monyet serta memulangkan kembali beg galas kepunyaannya.Si Monyet yang terkejut lantas mencapai isi beg galas dan membalingkannya kepada Pak Abu.

Dari situ Pak Abu mendapat ide.Dia pun mencapai beberapa biji batu dan membalingkat batu itu ke arah hadapannya.Si Monyet yang melihat perbuatan Pak Abu juga menirunya dengan membalingkan Dinar emas yang terdapat di dalam beg galas Pak Abu.

Peliknya perbuatan Si Monyet adalah membalingkan 1 Dinar emas ke arah hadapan Pak Abu dan 1 Dinar Emas yang berikutnya ke dalam sungai.Begitulah seterusnya sehinggalah habis 100 Dinar emas yang telah di lempar oleh Si Monyet.

Pak Abu terpaku sebentar dan merenung kembali peristiwa Si Monyet yang melempar Dinar emasnya ke dalam air.Akhirnya Pak Abu mendapat pengajaran yang sangat berguna.Dia akhirnya menyesali perbuatannya yang mencampurkan air ke dalam susu jualannya.Dia juga berazam untuk meminta maaf dari pembeli-pembeli susu jualannya serta bertaubat kepada Allah atas segala kesilapan yang telah dilakukannya itu.

Pengajarannya, niat tidak pernah menghalalkan cara.Terkadang kita terleka dan terlalai di dalam melakukan sesuatu.Pohonlah keampunan Allah.Mudah-mudahan Allah mengampunkan kita semua.InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment