Friday, September 30, 2011

Meliihat kehidupan dari persepsi yang lebih baik.

Salam semua.Agak lama juga saya tidak update blog ni.Terikat dengan tugasan harian sehingga tak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini.

Kali ini kita bercerita tentang persepsi kita melihat kehidupan ini.Perbezaan situasi serta persepsi tentang kehidupan.

Kita akan sentiasa merasakan orang lain lebih bernasib baik dari kita apabila melihat kelebihan orang lain.Namun sedarkah kita ada ketikanya kelebihan kita juga adalah merupakan kekurangan kepada individu lain.Dari itu mulakan dengan menerima setiap kelebihan dan kekurangan kita sebagai satu rahmat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sentiasalah melihat kelebihan kita itu adalah kekurangan pada orang lain.Jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur.Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza tentang kejayaan.Ada orang yang merasa dia sudah berjaya apabila mampu memberikan serta melengkapkan kewajipannya sebagai suami,bapa dan pemimpin sebuah keluarga.

Ada juga yang sentiasa merasa dirinya penuh dengan kekurangan apabila dibandingkan dengan kelebihan orang lain.Sedarilah bahawa setiap kelebihan dan kekurangan itu adalah untuk menguji sejauh mana kita bersyukur dengan anugerah pemberianNya.

Manusia yang bersyukur adalah manusia yang menghargai pemeriannya dan tahu berterima kasih kepada penciptaNya.Dari itu marilah kita mulakan dengan sentiasa berterima kasih walau sekecil mana pun pertolongan atau pemberian yang kita terima.InsyaAllah kita akan berasa lebih tenang dan tenteram dalam mengharungi hari-hari mendatang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment