Wednesday, October 19, 2011

Mencipta Kerjaya

Selamat berjaya dan berkerjaya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.Mudah-mudahan juga hari-hari yang mendatang lebih baik hendaknya.

Generasi hari ini ramai yang melihat tokoh-tokoh jutawan dan hartawan berjaya sebagai idola atau sumber inspirasi mereka.Mengambil seseorang sebagai pendorong kejayaan adalah sesuatu yang menarik.

Mungkin ada di antara kita pernah mendengar kisah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. Yang juga menjadi antara Jutawan Islam yang berjaya di zamannya.Sahabat berkenaan bernama Saidina Usman Ibnu Affan.Seorang yang berjaya dan pemurah di dalam menyumbang ke arah pembangunan Islam.

Sahabat ini juga pada zaman sebelum Hijrah adalah merupakan seorang hartawan dan bangsawan di Mekah.Penghijrahan ke Madinah merupakan antara ujian besar buat sahabat ini kerana perlu meninggalkan semua harta dan keluarganya seandainya dia masih mahu meneruskan Hijrah.Demi cintanya kepada Islam beliau memilih untuk Hijrah ke Madinah hanya sehelai sepinggang.

Kaum Muhajirin dan Ansar disaudarakan termasuklah Saidina Usman.Saudara dari Kaum Ansar ingin memberikan harta dan isteri kepada Saidina Usman.Dengan lemah lembut Saidina Umar menolak pelawaan itu dan meminta ditunjukkan pasar Madinah.

Sesampainya Saidina Usman di pasar Madinah,dia hanya memerhatikan dan meneliti apakah perniagaan yang boleh dilakukannya.Dari situ bermulalah perniagaan Saidina Usman tanpa menggunakan modal.Dia telah menggunakan kemahirannya dalam selok belok perniagaan di dalam memulakan kerjaya di Madinah.
Saidina Usman menawarkan diri untuk membantu menjualkan Unta bagi pihak seorang saudagar.

Dalam menjual Unta itu si saudagar, Saidina usman mengambil tali pengikat untuk setiap unta yang dijualnya.Hasilnya semua tali-tali yang dikumpulkannya itu pun dijual.
Dari situlah bermulanya kembali zaman kegemilangan perniagaan buat Saidina Usman sehingga menjadi Jutawan yang unggul dalam dunia Islam.

Begitulah hebatnya Saidina Usman.Kreatif dan inovatif di dalam memulakan kerjaya baru dan menjadi Saudagar baru di Tanah Madinah.Semoga kita semua dapat menimba ilmu dari Jutawan Islam yang berjaya di dunia dan akhirat ini.InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment