Tuesday, October 11, 2011

Dendam yang positif

Bercerita tentang dendam.Kekadang kita mudah merasa sakit hati dan berdendam atas setiap perbuatan yang dilakukan terhadap kita.Kali ini kita akan melihat dendam itu dari sudut yang lebih positif.

Kisah ini berlaku di sebuah syarikat minyak dan gas (O&G) terkemuka di Timur Tengah.Seorang budak pekerja am baru saja menyertai syarikat berkenaan.Budak pejabat ini masih baru dengan selok belok syarikat berkenaan.

Pada suatu hari, budak pejabat ini merasa sangat dahaga dan dia pergi mencari air di sekitar pejabat tempat dia bekerja.Setelah puas mencari,akhirnya budak tersebut terjumpa dengan satu bekas air.Tanpa syak wasangka dia cuba untuk meminum air berkenaan.Malangnya sebelum sempat dia meneguk air itu dia telah ditegur.

Jurutera Amerika "Kamu tidak boleh minum air ini! Air ini hanya untuk jurutera-jurutera yang bekerja di syarikat ini saja."

Menyedari akan kesilapan dirinya budak pejabat itu terus berlalu dan berazam untuk menjadi jurutera pada suatu hari nanti.Akibat dari peristiwa itu juga dia telah bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik.Akhirnya budak pejabat ini berjaya menyambung pelajarannya di sebuah universiti terkemuka di Amerika.

Setelah menamatkan pengajiannya, budak pejabat itu kembali untuk bertugas di syarikat O&G yang sama.Daripada seorang jurutera kemudian perlahan-lahan dia meniti satu demi satu jawatan penting di dalam syarikat berkenaan.Berkat usaha yang gigih dan tekun beliau akhirnya dilantik menjadi CEO syarikat berkenaan.Beliau juga akhirnya diamanahkan untuk menjadi Presiden syarikat berkenaan.

CEO ini tadi akhirnya didatangi oleh Jurutera Amerika yang pernah menegur beliau dulu.Jurutera berkenaan ingin memohon cuti panjang untuk pulang ke Amerika.Menyedari keterlanjurannya pada suatu ketika dulu.
"Saya harap tuan boleh bersikap profesional dan tidak menolak permohonan saya kerana peristiwa air yang dulu itu".
CEO menjawab"Sebenarnya pada mulanya aku merasa marah dan sangat dimalukan serta berdendam tetapi dari sudut hati aku yang paling dalam aku ingin mengucapkan terima kasih kerana teguran mu itu telah menjadi dendam yang positif kepada kehidupan ku pada hari ini."

Begitulah kesudahan cerita yang boleh kita jadikan motivasi di dalam mengharungi hari-hari mendatang.Bekas budak pejabat itu sehingga kini masih lagi menjadi Presidan dan melepaskan jawatan CEO.Kerana kebolehannya yang sangat cemerlang dia juga telah dilantik sebagai Menteri Minyak kepada negara Timur Tengah itu serta masih lagi berkhidmat kepada negaranya sehinga kini yang mana beliau juga merupakan orang yang paling berpengaruh di dalam menentukan harga minyak dunia.

Moral cerita ini:
Berdendamlah dengan cara yang positif.Kebaikan akan datang dengan sendirinya apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu itu dengan keikhlasan dan keazaman yang tinggi.

Man jadda Wa jadda.
"Siapa yang berusaha maka dia akan berjaya"

InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment