Friday, July 6, 2012

Misteri Syiling Lama.

Disebut kisah ini berlaku pada satu ketika.Terdapat sepasang suami isteri yang hidup dalam keadaan yang serba sederhana.Si suami kadang2 ada pekerjaan dan pendapatan tetapi hanya sekadar cukup untuk menampung makanan dan keperluan mereka sekeluarga.

Suatu hari si isteri hampir hilang sabar dan terus2an meleteri suaminya.Ini kerana keadaan sederhana keluarga mereka menyebabkan mereka tidak mampu untuk memiliki kabinet2 dan keperluan yang selayaknya dimiliki oleh sesebuah keluarga.

Si suami merasa tertekan dan akhirnya keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan serta upah yang berpatutan.Semasa melalui satu lorong si suami ini tersepak sekeping duit syiling yang agak buruk.Mengharapkan syiling itu berharga si suami pun membawa syiling lama itu ke bank.

Sesampai di bank dia amat kecewa kerana bank tidak dapat menerima syiling yang sudah usang itu.Kerani bank berkenaan menasihatkan si suami pergi ke kedai barangan antik untuk menjual syiling lama berkenaan jika ianya berharga.

Si suami dengan bersemangatnya pergi ke kedai barang2 antik.Alangkah gembiranya si suami apabila tauke kedai berkenaan bersetuju untuk membeli syiling berkenaan dengan harga RM50.Ini sudah baik fikir si suami.Tanpa modal satu sen pun sudah mendapat keuntungan.

Semasa hendak pulang ke rumah si suami ini melalui sebuah kedai papan.Terfikir akan keinginan si isteri yang mahukan kabinet dapur maka si suami pun singgah untuk mencari papan kayu yang cantik untuk dibuat kabinet permintaan si isteri.

Setelah memilih papan yang terbaik si suami membayar RM50 yang dimilikinya tadi dan meneruskan perjalanan pulang.Ketika melalui sebuah kedai perabot, si suami telah ditawarkan dengan kabinet yang menarik untuk ditukarkan dengan papan2 terbaik yang sedang dibawa oleh si suami.

Memikirkan tawaran yang menarik itu,si suami bersetuju dan diapun membawa pulang kabinet yang telah ditawarkan tadi.Semasa melaui suatu rumah si suami telah ditahan oleh seorang suri rumah yang mahu membeli kabinet yang sedang diusung oleh si suami.Memandangkan tawaran RM200 untuk kabinet itu maka si suami pun bersetuju untuk menjualkannya.Si suami merasakan sangat beruntung keran dengan bermodalkan syling lama tadi dia telah mendapat duit yabg berganda nilainya.

Dengan hati yang girang si suami pun berjalan pulang membawa duit sebanyak RM200 itu.Semasa melalui sebuah lorong sunyi tiba2 si suami telah dirompak oleh seorang penyamun yang mengacukan sebilah pisau ke leher nya.Tanpa berfikir panjang si suami pun menyerahkan duit hasil jualan kabinet tadi.Setelah itu barulah si suami dilepaskan pulang oleh sang perompak.

Pulanglah si suami dengan muka yang masam.Sesampainya si suami ke rumah si isteri pun menegurnya.
"Kenapa abang masam aje ni?"
Si suami menceritakan bahawa dia telah dirompak dalam perjalanan pulang tadi.Si isteri sangat terkejut "Apa yang dirompaknya, abang mana ada apa2 pun.Bukan ke abang keluar tadi sehelai sepinggang saja"
Si suami pun mejawab"Memang tak ada apa2.yang dirompak tadi pun cuma sekeping syiling lama".

Begitulah kisahnya dalam kehidupan kita hari ini.Sebenarnya kita tidak memiliki apa2 dan tidak pernah memilikinya pun.Setiap sesuatu itu adalah milik Allah.Dari itu jangan bersedih jika kita diuji dengan kehilangan sesuatu yang kita sukai mahupun sayangi.Ingatlah kita ini adalah milik Allah.Setiap yang kita ada hari ini adalah kepunyaan Allah.Alhamdulillah Allah bagi kita pinjam dan akan ambil kembali apabila tiba perjanjianNya.Syukur dan belajarlah untuk terus bersyukur.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment